Saturday, March 2, 2013

SAKARATUL MAUT


Assalamualaikum ,

Syukur ke hadrat Illahi dengn limpah dan kurniaNya kita diberi peluang untuk hidup pada hari ini dan masih dikurniakan dua nikmat yang terbesar iaitu nikmat Iman dan Islam.


Apa yang saya ingin berkongsi pada hari ini adalah berkenaan dengan perkara yng semkin hamper dengan kita iaitu maut.

Surah al jumua’ah ayat 62 yang bermaksud:

 "Sebenarnya maut yang kamu melarikan diri daripadanya itu, tetaplah ia akan menemui kamu kemudian kamu akan dikembalikan kepada Allah yang mengetahui segala yang ghaib dan yang nyata, lalu Ia memberitahu kepada kamu apa yang kamu telah lakukan (serta membalasnya)."

Ayat ini menerangkan, bahawa setiap yang bernyawa pasti akan hidup.

Sebelum datang hari akhirat, kita akan mengalami dua fasa yng amat mnyakitkan. Yang pertama adalah sakaratul maut dan yang kedua adalah siksaan kubur. Izhar perkara ini bukan rekaan semata-mata malah telah termaktub didalam al-Quran dan hadis.

Kalaulahh kita tahu bagaimana peritnya mati, pasti kita akan takut untuk melakukan kejahatan. Mati merupakan perkara yang paling sakit yang akan dialami oleh setiap manusia malah ianya lebih sakit dari wanita yang melahirkan anak. Mati ini juga merupakan penghubung antara hidup dah akhirat. Sakit mati ini lebih sakit dari kuku yang dicaut dari isi, kulit disiat2 dan daging dilapah hidup2. Bahkan, rasa dahaga yang dialami teramat sangat sehinggakan, jika diberi minum seluruh lautan, belum tentu dapat mghilangkan rasa dahaga. Subhanallah sungguh betapa sakitnya mati itu.

Semasa Baginda Rasulullah S.A.W dalam keadaan rohnya sedang ditarik oleh malakiat Izrail, baginda mngatakan bahawa sakitnya sakaratul maut dan baginda juga meminta supaya Allah membebani rasa sakit sakaratul maut umatnya kepada baginda! Betapa Rasululullah sayangkan kita.

Baginda besabda bahawa sakitnya mati adalah lebih sakit dari 300 tusukan pedang.
Satu lagi kisah yang boleh diambil, adalah kisah nabi Idris yang ingin merasai sakitnya sakaratul maut, baginda meminta kepada sahabatnya malaikat izrail supaya mncabut nyawa baginda dan memasukkannya semula. Malaikat izrail berkata bahawa, beliau tidak akan mncabut nyawa nabi Idris tanpa izin Allah, lalu nabi idris berdoa lalu Allah memakbul kan doa nya. Apabila roh nabi Idris dimasukkan semula, malaikat bertanya, "bagaimanakah rasanya wahai sahabat?" Baginda mnjawab, "Demi Allah tiada yang sakit melaikan mati, bahkan lagi sakit dari haiwan yng disiat kulitnya".

Selepas roh kita dicabut, kita akan ditanam, di saat orang mula mninggalkan kubur kita, akan datang dua malaikat yang mnghampiri kita iaitu malaikat Munkar dan Nakir. Tugas malaikat ini menyoal dan menyiksa manusai di dalam kubur setimpal dengan amalannya. Setiap perkara yang kita lakukan di dunia akan disoaal di dalam kubur.

Diriwayatkan Nabi Isa A.S diberi mukjizat Allah menghidupkan orang yang telah mati. Suatau hari nabi Isa membangkit seorang yng telah mati lalu bertanya, “apakah yng terjadi kepada kamu?” lalu jawab mayat itu, “aku sedang ditanya oleh malaikat dan sampai sekarng masih belum trjawab”.Tanya nabi Isa, “apakah soalan itu?”. Lalu jawab mayat itu, “aku berkerja sebagai seorang yang menjual kayu api,apabila selesai aku memikul kayu api tersebut untuk dihantar ke rumah orang membeli, sewaktu dalam perjalanan aku mengambil sedikit hujung kayu api itu untuk mencungkil gigi tanpa diketahui oleh pembeli tersebut, oleh sebab demikian, aku ditanyakan soalan mengenai hal itu sehingga 70 tahun soalan itu masih belum  dapat dijawab“,

 Subhanallah, sekecil perbuatan seperti dipersoalkan kawan2, apatah lagi perbuatan kia yang mngambil barang org tanpa izin? Dan apatah lagi perkara utama yang akan di soaal? Solat kawan2, solat. Solat itu tiang agama. Maka solat lahh prkara yang pertama akan disoal.

Marilah kita sama2 mengambil kesempatan yang ada memperbaiki diri, dengan cara apa? Menambahkan ilmu, bagaimana? Dengan membaca buku dan menghadiri usrah dan majlis ilmu. Ingatlahh, maut takkan mngira usia, dan kita tak tahu bila kita akan mninggal dunia, mungkin esok, mungkin lusa. Jangan lah menunggu masa tua untuk mengorak langkah, dan janagn lahh memberi alasan menunngu hidayah Allah, sesungguhnya Allah akan mengurniakan hidayah kepada sesiapa yang dikehendakiNYa, jika kita terus berada daalm kejahilan tanpa mempunyai niat untuk mndalami agama, hidayah itu takkan datang sendiri.



1) Demi Masa,

2) Sesungguhnya SEMUA manusia itu di dalam kerugian,
3) KECUALI mereka yang berIMAN, dan beramal soleh, dan berpesan2 pada kebaikan, dan berpesan2 pada kesabaran.


No comments:

Post a Comment

music