Sunday, February 3, 2013

H I J R A H



Assalamualaikum, 

selalunya saya yang tersalah dalam melabel..
terlupa untuk bersangka baik dan menyelami masalah manusia.. terlupa saranan 'huznu dzon'
difikirkan secara logik, tiada hamba Allah yang tidak takut kepada Allah.. tiada yang tidak ingin ke syurga..
dan kadang-kadang kita lupa bahawa penghijrahan itu perlu..

masalah-masalah berikut mungkin kecil bagi kita.. tapi sukar bagi sesetengah hamba Allah..
kita tidak boleh mengarah orang untuk berubah.. sebaliknya kita perlukan 'tafahum'.. iaitusaling memahami..


 *huraian : energy lost due to friction between cloth and skin, limited movement due to resistance provided by the cloth... (time ni la nak aplikasi physics... hehehe.. )


Kadang-kadang kita tidak sedar, yang kita lempar hanyalah kritikan dan tomahan..
tanpa sediakan solusi untuk semua..
sebab apa?
sebab kita malas nak membantu rakan...
muhasabah diri.. betul tidak kita malas untuk saling membantu???

setakat tegur insyaallah semua boleh buat.. :)
tetapi.. siapa yang mampu berikan jalan tindakan yang harus dilakukan seterusnya???

berubahlah demi Allah.. berubahlah secara perlahan, jika itu yang kita mampu..
kerana syarat mati itu bukanlah usia.. malah kehidupan itu sendiri..

atototototototototo~~~~~~~ ehem... dah... (lagha semata-mata)

sesungguhnya Allah sahaja yang tahu, teme ni banyak perkara yang perlu diperbetulkan.. (okay.. maybe close friends tahu lah betapa jahilnya teme ni..)

pilihlah sahabat yang mampu menolong kita...
"Seseorang itu dikenali berdasarkan sahabatnya, maka berwaspadalah / bersikap bijaksanalah dalam memilih sahabat.(Riwayat Ahmad)

selalu kita mahukan orang di sekeliling kita berubah.. tanpa pernah berusaha untuk mengubah diri kita dahulu demi Allah dan keselesaan orang sekeliling..
"Orang Mukmin adalah ibarat cermin bagi Mukmin yang lain. Mereka bersaudara di antara satu sama lain. Memelihara harta bendanya dan melindungi kepentingannya masa ketiadaannya" (Riwayat Abu Daud)


sama-sama lah kita berhijrah kerana Allah.. dan bantu kawan-
kawan kita berhijrah..

#CopyPaste :)

Friday, February 1, 2013

M A S A


TERJEMAHAN SURAH AL ’ASR
(MASA)

SURAH INI DITURUNKAN DI MEKAH DAN MENGANDUNGI 3 AYAT.

Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.

1.Demi masa
2.Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian
3.Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh dan berpesan (nasihat menasihati) dengan kebenaran dan berpesan dengan kesabaran.




KETERANGAN SURAH AL ’ASR

Semua manusia dalam kerugian, kecuali orang-orang yang beriman teguh dan beramal soleh, serta suka nasihat menasihati tentang kebenaran serta kesabaran. Orang yang soleh sentiasa menjaga baik hubungan sesama manusia serta hubungan dengan Allah swt. Masa yang berlalu diisi dengan perkara yang berfaedah tanpa membazirkan perkara dengan perbuatan yang sia-sia. Pendek kata sentiasa mengikuti apa yang diperintahkan olehNya dan meninggalkan apa yang dilarang olehNya.

RUJUKAN
KITAB TAFSIR AL-QURAN NUL KARIM
RASM UTHMANI

music