Wednesday, January 9, 2013

S O L A T


Assalamualaikum,

Hidup di alam universiti tak macam kat SBP dulu. Kalau dulu, semua teratur, lengkap dengan duniawi dan ukhrawi. Tapi bila masuk alam Universiti nie, semuanya berbeza. Hidup lebih mencabar dan kita tidak dibimbing lagi seperti di alam sekolah dulu. Zaman sekolah dulu, bagi yng berasrama penuh, wajib ke surau, cikgu dan rakan2 akan sentiasa membimbing kita. Sama juga seperti bagi yang sekolah harian. Setiap hari, ibu dan bapa akan membimbing supaya anak mereka melakukan kewajipan terhadapa Yang Maha Pencipta.

Bila melangkah ke dunia dewasa, hidup berjauhan dengan keluarga, semuanya bergantung pada diri kita sendiri. Nak solat keh tak, tiada org akan tegur or marah, kerana masing2 melakukan hal sendiri. Bukan tanak tegu berulang kalir, tapi bila acap kali menegur dan memberi nasihat, takut nanti dicop "BAJET ALIM". Sedarlahh, SOLAT ITU TIANG AGAMA. Solat juga adalah perkara pertama yang akan dinilai apabila kita mati kelak. 

Ada yang mngatakan, "nanti bila aku ikhlas aku solat lahh, nak solat mana boleh dipaksa". Duhai teman, perintah Allah (kewajipan) wajib kita tunaikan tidak kira walau apa cara sekali pun.Biarpun tidak ikhlas, tetapi kita terlepas dari dosa mninggalkan solat. KEWAJIPAN dan KEIKHLASAN adalah dua perkara yang berbeza.

Sebagai contoh, seperti membayar yuran dan memberi derma. Yuran sekolah wajib dibayar tidak kisah ikhlas atau tidak. jika tidak dibayar pasti akan dikenakan hukuman atau tindakan betu tak? berbeza kan dengan derma? begitu jugalah perkara wajib. Solat itu wajib ditunaikan tidak kira apa jua sekalipun. Adapun Allah memberikan Rukhsah Solat untuk menunjukkan bahawa betapa pentingnya solat. 



Seksaan bagi orang-orang yang meninggalkan solat

Orang yang tidak sembahyang akan diseksa dengan 15 seksa; 6 daripadanya akan diterima di dunia, 3 seksatatkala hendak mati, 3 seksa lagi ketika berada di alam kubur dan 3 seksa lagi di hari kiamat :-.

Enam seksa semasa hidup di dunia:

1. Ditinggalkan berkat pada umurnya.
2. Allah akan menghapuskan tanda-tanda orang salih daripada mukanya.
3. Tiap-tiap amal yang dikerjakan tiada diberikan pahala kepadanya.
4. Segala doanya tiada diperkenankan oleh Allah.
5. Dia dimarahi dan dibenci oleh segala makhluk di dunia.
6. Tidak ada baginya bahagian daripada doa orang-orang salih.

Tiga seksa tatkala hendak mati:

1. Dia mati dalam kehinaan.
2. Mati dalam keadaan yang sangat lapar.
3. Mati dalam keadaan yang sangat haus, sehinggakan jika dituangkan kepadanya sekelian air laut di dunia ini,dia tetap merasa tidak puas

Tiga seksa ketika di alam kubur:

1. Disempitkan kuburnya.
2. Dinyalakan api, di mana dia akan membalik-balikkan dirinya didalam bara api itu.
3. Allah mngerahkan ular yang paling besar untuk menyebat mayat itu, yang mana dinamakan ular itu 'SHAJKUL AKRAK' dan ular itu akan berkata, Sesungguhnya aku telah disuruh oleh Tuhanku untuk memukul engkau dari Subuh hingga ke Zuhur, dipukul pula hingga ke Asar dengan sebab engkau sia-siakan waktu Zuhur. Begitulahseterusnya tiap-tiap hari dan malam sehingga hari kiamat.


Tiga seksa di hari kiamat:

1. Allah memerintahkan malaikat azab agar menghela orang yang tidak sembahyang itu ke dalam neraka.
2. Allah menilik pada orang yang tidak sembahyang itu dengan tilikan yang murka.
3. Allah akan mengira orang yang tidak sembahyang itu dengan kiraannya yang paling berat dan terus disumbatkan ke
dalam nerakasebagaimana firman Allah yang bermaksud, "Apa yang membawa kamu ke neraka?
" Mereka menjawab, "Kami , tidak sembahyang."


Barang siapa yang meninggalkan sembahyang fardu,
seksanya umpama:-

Subuh:
Allah akan mencampakkannya ke dalam neraka jahanam selama 60 tahun.

Zuhur:
Dosanya seperti membunuh seribu orang Islam.

Asar:
Dosanya seperti meruntuhkan Kaabah.

Maghrib:
Dosanya seperti berzina dengan ibu atau bapanya sendiri.

Isyak:
Allah berseru kepada mereka, "Hai orang yang meninggalkan solat Isyak, bahawa Aku tidak lagi reda engkautinggal di bumi-Ku dan menggunakan nikmat-nikmat-Ku." Segala gerak - gerinya seperti pakai, makan, tiduradalah berdosa kepada Allah.

Seksaan Ketika Hidup Di Dunia
Allah kurangkan keberkatan umurnya. Rezekinya dipersempitkan oleh Allah. Tidak ada tempat baginya di sisiagama Islam. Doanya tertolak. Hilang cahaya soleh dari wajahnya. Amal kebajikan yang dilakukannya langsungtidak diberi pahala.

Seksaan Ketika Sakaratul Maut
Ia akan menghadapi sakaratul maut dalam keadaan hina. Matinya dalam keadaan menderita kelaparan. Matinyadalam keadaan yang tersangat haus walaupun diberi minum air sebanyak tujuh lautan.

Seksaan Ketika Di Dalam Kubur
Allah akan menyempitkan kuburnya dengan sesempitsempitnya. Kuburnya akan digelapkan. Allah akanmenyiksanya dengan pedih sehingga hari Qiamat.

Seksaan Ketika Berada Di Akhirat
Ia akan dibelenggu dan diseret ke padang Mahsyar oleh malaikat. Allah tidak akan memandangnya denganpandangan belas kasihan. Allah tidak akan mengampuni dosanya dan dia akan disiksa dengan keras di dalam neraka.
 
Jika kita tertinggal solat maka, qada lahh solat kita apabila kita ingat, sesungguhnya Allah tidak membebankan hambaNya.

"Barang siapa yang terlupa solat atau tidur dan terlepasnya, kafarahnya ialah bersolatlah sebaik sahaja dia ingat" - [Hadith riwayat Muslim ].

Jadi marilah kita sama menjaga solat kita, semoga hidup kita diberkati dan dirahmati. InsyaAllah, untuk renungan bersama.

music