Sunday, November 11, 2012

amalan sebelum tidur


Assalamualaikum, 

jam menunjukkan sudah nak masuk pukul 3 pagi, tapi mata ini tak boleh nak tido ouh, haaa, disini, saya nak berkongsi sedikit berkenaan amalan sunnah yang boleh kita amalkan.

1. Sebelum dan selepas tidur baca doa tidur. Ramai orang memperlekehkan doa harian tapi hakikatnya harga yang Allah swt janjikan adalah syurga.

2. Jangan tidur menghadap kaki arah Qiblat. Ini adalah kedudukan tidur orang yang telah mati.

3. membaca Tasbih Fatimah, sekiranya dia mati malam itu,dia akan dikira sebagai mati syahid.

Subhanallah 33 X, Alhamdulillah 33 X, Allahuakbar 33 X.


4. Baca 4 Qul tiup ke tapak tangan dan sapu keseluruh badan untuk menghindarkan sihir dan niat jahat manusia.

5. Niat untuk bangun Tahajjud. Sekiranya tidak terjaga, Allah swt akan mengira seolah -olah dia bertahajjud sepanjang malam. Tahajjud adalah sebaik-baik pelindung daripada sihir dan buatan orang.

6. Ambil wudhu' sebelum tidur dan Solat Sunat Taubat 2 rakaat.

7. Maafkan semua kesalahan manusia pada kita dan halalkan semua hutang piutang sebelum tidur.

8. Tidur cara Rasulullah saw dengan mengiring badan ke kanan dan tapak tangan di bawah pipi.


"Dilarang tidur meniarap terutama lelaki.Tutup aurat ketika tidur. Kenapa ya? Lelaki yang tidur meniarap,dibawahnya Syaitan/ Jin Betina.Tidur bogel atau tidak menutup aurat akan menghindarkan Malaikat Rahmat.


Thursday, November 8, 2012

masalah


Assalamualaikum, 

     Setiap orang yang hidup di muka bumi ini pasti pernah dilanda masalah dan musibah. menipulah kalau ade orang yang mengaku bahawa hidupnya tak pernah ada masalah kan? mana datangnya masalah ni eah? cuba kita fikir balik, dari mana datangnya masalah ini. logik ke ada statement yng mengatakan bahawa, masalah ini sebahagian daripada ujian Allah kepada hambaNya? ye, masalah tu adalah ujian Allah bagi menguji sejauh manakah kuatnya iman seseorng itu terhadap yng Maha Pencipta.

     Acap kali, bila seseorng dilanda masalah atau musibah, mereka menyalahkan Tuhan. " Ya Allah, kenapa mesti yang menerima musibah kau ini ya Allah, kenapa bukan dia, atau orang lain??". kita sering mendengar atau mempersoalkan seperti ini kan? apabila kita senang atau bahagia, kenapa kita tidak pernah mempersoalkan kebahagiaan yang kita dapat? kenapa Allah memilih untuk memberi kebahagian kepada kita? kenapa tidak orang lain? kenapa tidak rakyat2 palestin yng merana sekarang? renungkanlah. Allah itu maha adil. setiap ape yang dia beri pasti ada hikmahnya. PASTI! 



"Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya."


     To be honest, sekarang aku poun dilanda perbagai masalah. Aku tahu, apa yang aku lalui ini, pasti ada hikmahnya. cuma aku kene kuat sekarang. ya Allah, bantulah hambaMu ini ya Allah, tetapkanlah iman ku kepadaMu ya Allah, janganlah kau pesongkan aku ya Allah, berikanlah hidayah dan petunjuk kepadak ya Allah. Sesungguhnya, kau lah tempat aku mengadu domba, tempat aku meminta dan tempat aku berlindung, amin ya rabbal Alaminnn.

music