Monday, April 30, 2012

Hilal Asyraf : BERSIH

Assalamualaikum,



masih ingatkah lagi kita kepada saudara Hilal Asyraf yang berani menegur Mahathir mengenai kenyataan beliau yng salah tntang hukum hudud?? disini saya ingi berkongsi pandangan beliau mengenai BERSIH :) aku copypaste nie, kalau tak caya, KLIK LINK HILAL ASYRAF KAT BAWAH SEKALI :)

p/s : menarik untuk dilayari : debat bersih



Pendapat dan Pandangan Hilal Asyraf Berkenaan Bersih 3.0

Assalamu'alaikum,

Semoga semuanya berada dalam rahmat Allah SWT.

Pertamanya, saya kena sedar yang saya ini tidak pergi ke sana. So, adalah amat berbeza dengan orang yang keluar, dan orang yang hanya duduk sahaja. Jadi penulisan saya ini sekadar daripada pemerhatian saya setelah membaca dan menonton pelbagai sources.

Apa yang saya lihat, BERSIH ini perlu dilihat secara menyeluruh. Bukan pada detik-detik terakhir semata-mata. Berdasarkan makluman ramai yang saya kutip-kutip, juga streaming Twitter yang saya ikuti kadangkala, termasuklah laporan-laporan dari pelbagai website, menyatakan bahawa BERSIH memang aman hinggalah tamat ucapan kepimpinan. Dikatakan, pada pukul 2.00 petang, majoriti duduk sebagaimana yang dirancangkan.

Dinyatakan majoriti menghormati Azan Zohor berkumandang dan senyap. Dinyatakan bagaimana pihak Polis memberikan kerjasama dengan baik, bahkan ada peserta-peserta yang menyebarkan bunga, serta cuba bermesra juga dengan FRU, ada edaran air mineral percuma, juga dikatakan ada peristiwa peserta BERSIH memberikan laluan kepada konvoi bermotor(ada riwayat kata polis, ada riwayat kata posmen. Tetapi riwayat beri laluan kepada konvoi itu konsisten). Dinyatakan, apabila tidak dibenarkan masuk ke Dataran, peserta duduk di mana sahaja mereka berada kala pukul 2.00 petang itu.

Bahkan, sekumpulan manusia yang turun ke BERSIH 3.0 melaporkan bahawa, komentar orang awam juga peserta yang lain ketika itu adalah: "Nampaknya, BERSIH kali ini lebih aman dari yang tahun lepas."

Maka tidak hairanlah, dikatakan BERSIH 3.0 ini berjaya.

Baik, laporan di atas ini, sangatlah konsisten. Setakat yang saya tanya, dan saya observe, semua bersetuju menyatakan bahawa BERSIH 3.0 bermula dan berjalan secara aman. Saya tidak pasti kalau-kalau media nyatakan atau tidak perkara seperti apa yang saya nyatakan ini.

Namun, selepas semuanya selesai, ketika inilah bermula provokasi. Ada sebilangan laporan yang saya terima, dikatakan bahawa ada segelintir pendemo yang tidak berpuas hati tidak dapat 'menawan' Dataran. Mereka mengangkat barricade. Ada juga laporan lain, yang tidak sedikit meriwayatkannya, berkata bahawa polis yang memberikan laluan, membuatkan orang gembira dan mengekori mereka yang hendak pergi ke Dataran. Rata-rata sumber menyatakan, ini adalah titik permulaan kekecohan.

Oleh kerana saya tiada di sana untuk betul-betul memutuskan mana satu peristiwa yang betul berlaku, jadi saya tidak boleh memberikan keputusan di sini. Namun, berikut adalah konklusi saya akan kekecohan yang berlaku:

1 - Saya amat yakin, setelah melihat keamanan yang panjang dari pagi hingga ke petang, mustahil Peserta-peserta BERSIH secara majoriti ingin merosakkan 'rekod BERSIH terbaik' mereka ini. Jadi jika ada yang berkelakuan buruk, itu adalah segelintir. Dan mungkin, yang segelintir inilah yang angkat barricade(jika benar cerita orang BERSIH yang angkat Barricade). Dan saya bukanlah tidak tahu, bahawa dalam dunia ini ada makhluk yang bernama SB(Special Branch) yang boleh menyusup ke dalam orang ramai, dan melakukan kekacauan ini. Tetapi saya malas nak tuduh SB dalam hal ini. Katalah memang segelintir orang BERSIH yang buat.

2 - Yang menjadikan ramai orang ikut mereka ini(yang angkat barricade) itu, pendapat saya, adalah kerana memang Polis memberikan laluan mudah. Di sini persoalan, mengapa polis yang gagah menjaga sepanjang siang, tiba-tiba tidak boleh benar-benar tegas menghalang atau menangkap perbuatan segelintir orang yang angkat barricade ini bagi menghentikan flow manusia ke Dataran? Ini keanehan saya. Sebab saya yakin, kalau Polis atau FRU ketika itu bertegas menangkap mereka yang angkat Barricade, membuat pengumuman tegas agar bersurai, mungkin majoriti peserta BERSIH yang lain tidak akan mengekori.

3 - Justeru, bila peserta-peserta yang merasa aman untuk pergi ke Dataran, melihat betapa mudahnya jalan yang diberikan kepada mereka, maka mereka pergi dengan keadaan yang girang. Tetapi, diriwayatkan kepada saya dalam bilangan yang ramai bahawa - Ketika inilah polis mula menyembur air dan menembak gas pemedih mata. Maka huru-hara pun bermulalah.

4 - Kita perlu memahami realiti bahawa peserta BERSIH itu ramai. Dan bukan semuanya mahu pergi ke Dataran itu. Ada yang sudah bersiap untuk pulang. Ada yang tidak berada di sana pun, tetapi di tempat lain. Kita dapat bayangkan huru-hara yang berlaku atas 'peristiwa mengejut' ini. Hanya kerana sebahagian kecil, polis hentam semua sama rata. Gas Pemedih Mata dan Penyembur Air itu pergi kepada semua orang, menyakitkan semua orang. Menjadikan orang ramai, yang semenjak siang telah membina kepercayaan kepada pihak polis, rasa terkhianat. Menimbulkan amarah yang tinggi sebilangan peserta BERSIH yang lain. Ini ditambah pula, dengan polis-polis yang memukul dengan ganas dan kasar peserta-peserta. Bahkan, ada peserta yang telah ditangkap, pun masih ditendang dan dipukul. Semestinya sesiapa yang melihat perkara ini marah, dan akan bertindak kasar juga. Ini namanya Mass Effect.

5 - Kes kereta langgar orang, saya kira telah mendapat pelbagai penjelasan. Pada saya, nak marah kereta polis itu langgar orang, kita kena ambil kira yang kereta polis itu sendiri sudah hancur dikerjakan orang sebelum pelanggaran berlaku. Berbanding 'memang dia niat nak langgar orang', saya lebih kepada 'dia hilang kawalan kenderaannya, lalu berlakulah kemalangan'. Apa yang terjadi itu, terjadilah. Polis langgar orang, orang pukul polis kerana sangka dia berniat jahat. Namun kena jelas juga bahawa, terdapat beberapa peserta BERSIH lain yang berusaha melerai dan menghentikan pembelasahan itu. Kemudian Kereta diterbalikkan, kerana risau ada orang di bawah kereta polis. Ini kesimpulan saya selepas melihat pelbagai video akan peristiwa itu, juga penjelasan dari pihak Pro dan Anti BERSIH. Dan apabila orang menyangka 'polis memang sengaja langgar' dan melihat peristiwa pelanggaran ini, nyata mereka naik marah lagi.

6 - Jadi, apakah BERSIH salah? Saya akan kata tidak. Pertamanya kerana kekecohan berlaku setelah tamat semuanya. 10 jam yang sangat aman hingga tamat secara rasminya. Jadi, acara BERSIH itu sebenarnya telah berakhir dengan aman dan berjaya. Keduanya, memahami Mass Effect, pada saya kejadian sebegini dapat dielakkan sekiranya Polis tidak menyembur air dan gas pemedih mata kepada semua. Bahkan, saya amat yakin, sekiranya Polis benar-benar bertegas dan tidak memberikan laluan mudah untuk mereka ke Dataran, maka yang berdegil itu akan dihentikan sendiri oleh peserta BERSIH yang lain. Tidak terjadilah apa yang terjadi.

7 - Pendapat saya, sekiranya benar-benar BERSIH bertujuan membuat huru-hara, memang mereka bertujuan membuat kekacauan, saya kira mereka tidak perlu kepada 10 jam yang aman tadi. Mereka tidak perlu menjaga solat. Baik mereka turun, bila angka sudah ramai, rempuh dan angkat sahaja barricade itu awal-awal. Tetapi nyatanya, bukan itu yang berlaku dari awal hingga akhir acara rasmi BERSIH. Selepas itulah baru berlakunya huru-hara ini. Angkat barricade dan memudahkan perjalanan ke Dataran kemudian mula menyembur air dan menembak gas pemedih mata, hakikatnya adalah satu PROVOKASI. Sekali lagi, dengan teori Mass Effect, provokasi ini akan memberikan kesan kepada orang ramai lain yang mengikuti BERSIH.

8 - Pandangan saya terhadap Pihak Polis. Pada saya, gas pemedih mata dan penyembur air adalah satu tindakan yang tidak patut, apatah lagi bagi majoriti peserta BERSIH lain yang jelas melarikan diri. Kenapa kelihatannya tidak ada perancangan atau usaha untuk 'memandu' peserta BERSIH ini bersurai dengan baik? Tangkap sahaja yang angkat Barricade itu, dan kemudian untuk Peserta BERSIH yang lain, tunjukkan jalan buat mereka. Sebagaimana polis-polis yang menguruskan demo-demo yang berjalan di negara lain.

Ini, mereka semua dilayan sama rata. Disembur air, ditembak gas pemedih mata. Memanglah jadi huru-hara. Kemudian, apa yang lebih terkilan lagi adalah, ada peserta yang selepas ditangkap, dipukul-pukul lagi. Selepas dijatuhkan, ramai-ramai anggota berpakaian seragam menendang, memijak. Bahkan, ada wartawan, kameranya dirampas dan diperlakukan dengan kasar.


Lebih menyedihkan hati saya, adalah rakyat yang memerhati secara online, dengan mudah memberikan komen tidak berperi-kemanusiaan seperti: "Padan muka.", "Ini mesti ada buat jahat ni, sebab itu polis buat begitu pada dia." Perompak pun polis tak boleh pukul lepas kena tangkap. Apatah lagi pendemonstrasi? Jadi bagaimana tindakan ini boleh dikatakan: "Okay la tu."?


Dan yang menyedihkan, dari sebilangan riwayat yang saya dengar, mereka menyatakan bahawa - "Orang-orang yang ajak rempuh ke Dataran itu, tidak ditangkap oleh polis, dan kemudian hilang."


9 - Media-media utama juga, pada saya membesar-besarkan peristiwa huru-hara. Memetik gambar-gambar yang boleh dipergunakan untuk menunjukkan kekasaran dan sebagainya, sedangkan gambar-gambar itu kalau ditunjukkan dalam bentuk video, disambung beberapa gambar lain, akan menunjukkan betapa apa yang diberitakan media-media utama tidak benar. Angka peserta BERSIH dinyatakan dengan angka yang sangat sedikit. Kemudian tindakan polis memijak dan memukul perserta berlebihan, tidak diangkat. Kisah polis yang tercedera pula dibesar-besarkan, dan kisah kereta terbalik dimainkan dengan penuh efisyen!


Konklusi akhir saya, untuk menutup pandangan saya berkenaan BERSIH adalah:


Peristiwa BERSIH perlu dipandang secara menyeluruh. Bukan di akhir-akhirnya sahaja. Kita nak besarkan Isu Sampah merata-rata contohnya, kita kena faham yang Peserta BERSIH hakikatnya ada sebilangan mereka bertugas kutip sampah. Tetapi apa yang kita expect selepas kena water canon dan tear gas? Orang lari la. Campak segala apa yang ada di tangan untuk mudahkan larian.


Saya lihat, kalau kita pandang BERSIH ini secara menyeluruh, dari pelbagai angle, kita akan nampak bahawa BERSIH itu sendiri hakikatnya berjaya.


Dan huru-hara ini tidak akan berlaku, sekiranya ditangani dengan baik oleh Pihak Berkuasa. Kita juga, tidak akan buta-buta menyokong semua tindakan dari Peserta BERSIH yang ada. Kita kena faham, memang ada tindakan, tidak patut disokong, seperti bertindak membaling kon, batu, dan sebagainya. Saya tidak bersetuju kenapa kereta polis itu kena dibaling batu dan kon dan sebagainya hingga menyebabkan perlanggaran.

Sekian.


---------------------------------------------

Sekadar pandangan saya,

orang yang berada di luar negara,

yang semestinya tidak turun BERSIH 3.0 ini.

oleh : Hilal Asyraf

Wednesday, April 25, 2012

EduQuest PETRONAS







Assalamualaikum, 


      okay today aku nak kongsi sikit pengalaman aku time pergi intervie for PETRONAS scholarship mggu lepas. Sebelum tuh, aku nak gtau sikit, supaya kaorng tak keliru. PETRONAS ade offer 3 interview which are;



  • PETRONAS scholarship for abroad studies,
  • PETRONAS scholarship for local studies ( UTP)
  • kemasukan ke UTP ( selfsponsor)





      Alhamdullilah, aku apply yng for local studies, n aku dapat. sumpah tak sngka, aku bersyukur sgt2 :) pihak PETRONAS bagi aku SMS soh aku check status permohonan kat laman web PETRONAS n bila aku check, aku dapat n dia bagi list tmpat, tarikh, dokumen2 yang kene submit and barang2 yng perlu dibawa bersama sepanjang eduquest tuh.



  • tempat penginapan : UiTM Seri Iskandar , Perak
  • tempat sesi temuduga : Universiti Teknologi Petronas
  • tarikh : 17-18 April 2012
  • masa pendafdataran : 8.00 pagi



aku bertolak dari rumah sehari sebelum eduquest tuh, yelah kan, aku dok pahang, interview kat perak, daftar pagi lak tuh, so aku bermalam ahh kat Hotel ( satu2nye hotel kat seri iskandar ), hotel tuh penuh dengan calon interview jehh ==' . then keesokan harinya kul 8 aku dah terpacak kat uitm, pergh ramai gila org, sume smart2 n muka educated jehh, but jangn terpsyko, naty wat kaorg jadi gabra lak, rileks jeh, tenang jeh, sebb sume yng datang interview sume setaraf nan kaorng :) aku poun g daftar, pergh beratur panjg gila, sbb ramai, 500++. After siap daftar, dia soh check-in penginapan. Around pkul 11 kitorg sume naik bas g UTP sbb ade taklimat. hari frst nie tade ape sgt, taklimat cm2 jeh. Tapi, kaorg kene pandai suaikan diri sbb nak hilnagkan nervous ouh. carilah kawan sebanyk yng boleh :) aku dulu dapat kawan mostly from SBP, SAS, SABDA, and SBPI Selandar. bila kaorg dah ade kawan, sure tak nervous, kaorg akan rase seronok jeh , cayelahh.




Okay, pada sebelah mlm tuh, kitorg ade Science & Mathematics Test ( senior aku ckp same jeh soalan dia for semua panggilan interview). Mmg time tu puas otak memikir, soalan physc, chemist and addmath. tak susah, simple jeh, tapi yng simple tuh kitorg tak ingt,haha. Nasihat aku, sape yng nak g educamp kat mana2, better prepare, buatlahh ulangkaji sikit so naty snglahh nak jawab kalau ade test kan :) kalau tade test tapelah, tak rugi poun kaorg revise :D


Then on the next day, kitorng sume dibahagikan kepada 4 group, A, B, C and D. group nie actually group untuk interview session. Aku dapat group C. so hari tuh ade 2 part, IQ and BI test,a and interview session. Group A and B interview session belah pagi , IQ test belah petang, group C and D vice versa. 



IQ and BI test.


  • soalan BI test mostly nak test grammar n vocab jeh, alhamdulillah tak susah sgt.
  • soalan tak susah mane, tapi cukup2 mencabar otak kaorg,
  • satu paper verbal, satu paper diagram.
  • verbal test 60 soalan jawab dalam masa 30 minit.
  • diagram test 40 soalam jawab dalam masa 20 minit.



tips


  • jangan spend much time on a certain question.
  • kalau rase takleh jawab, tanda jeh jawapan yang kaorg rase betul.
  • jangan tggal soalan yng kaorg tak tahu mcm kaorg buat dalm SPM sbb kaorg tade mase untuk patah balik.
  • semua org tak sempat nak habiskan, so bila masa dah habis n kaorg tak siap lagi, hentam jela, haha, jgn tggal kosong.





Interview session.



      Kitorg dibahagikan mengikut group, 1 group 5 org (3 boys, 2 girls). Then dia bagi masa untuk kenal2 nan ahli group.Group aku , Ikmal, Dannis, Syakinah and Tikah. Aku dapat group nan semua dak sekolah biasa except ikmal dak SEMSAS. aku penah jumpa dia sebelum nie time IIUM Mtah Quiz. And aku paling terkejut nan Syakinah sbb dia tggal kat Manjung ( dkat rumah lame aku dulu ). dahlah cute, hahaha. so kitorg borak2 lahh dulu kenal2.


      After tht, dia akan bagi case for untuk setiap goup, tajuk sama, tapi task lain2. Dia bagi half an hour untuk bincng dlm group pasal task yng kita dapat.Ape yng kitorg kene buat adalah, kene ckp same ade agree atau tak dgn recommendation yng telah diberi. then bagi lahh point kenapa kaorg setuju atau sebaliknya. Aku dapat tajuk REFUGEE .To be honest aku time group disscussion tuh, aku byk main2, tup2 masa dah abis.hahhahaa,tulah aku nan dannis sibuk sibuk kacau syakinah nan kakak yng jage kat situ.  point aku baru satu jehh, tapi aku rileks jehh, confident2! hahaha.


      Then lepas masa tamat, kitorg semua dipanggil masuk dalam WAITING ROOM, haha, aku ingt dalam bilik tuh sume senyap n cuak, tapi sebaliknye yng berlaku, bising nak mampuih,haha smpai abg kat situ soh senyap. sorg2 dia panggil. time tuh ape yng penting kene cool, jang nervous n panic, just be confident :)


      Bila nama aku diseru, aku bagun ngan tenang n mlangkah menuju ke bilik panel. time tuh ati bergoncang dah, tapi aku try calm, kalau gelabah naty sume tak cadi. time tuh kita kene berserah n tawakal pada Allah.


tips 


  • sebelum masuk, ketuk pintu, masuk dengan kaki kanan and bagi salam bagi yng islam and ucap selamat kalau panel non-muslim.
  • jalan denga confidence n rileks, jangan membelakangkan panel. 
  • jangan duduk selagi panel tak suruh, sbb panel nak tgk penampilan kita dulu.
  • bila dah dijemput baru duduk, duduk dengan tegak dan selesa. 

  
      Frst question yng dia tanye aku, sila perkenal kan diri ( dia tanye dalam bm), aku poun introduce diri aku dalam bi. Then dia tanye nak amik course ape? dan kenapa nak amik course tuh, lpas aku jawab, dia tnye mcm2, so get prepare eah kaorg, panel mmg cmtu, ade jeh nak tanye. Then panel soh complete task yng aku dapat, sumpah aku lupa ouh ape yng aku dah tulis, so aku terus jadi diri aku yng sebena,Alhamdulillah aku dapat bagi point2 yng bernas. Lepas aku bagi point, panel tuh tanye mcm2 lagi, mmg teruk aku kene. so kaorg, ape yng penting, be confidence! just be yourself, jgn berlakon sbb panel dapt tahu kaorng berlakon keh tak sbb diorg pakar n terlatih ouh.


      Then dia kata aku boleh kuar, dia soh aku pggil ahli lain. then after both five of us dah selesai personal interview, panel soh kami berlima masuk untuk group discussion. Panel bagi 15 minit untuk kitorng bincng dpan diorg. Kitorng poun masuklah, yang lawaknye, kitorng sume tak tahu nak start cmne bila panel tuh kata ' you all can start now'. puas si dannis cungkih kaki ikmal soh start. aku bisik kat syakinah soh star, tapi sume senyap mcm ade malaikat lalu, hahha. then si dannis hanya start dengan satu perkataan , " so...", pastu senyap. then ikmal smbung, "whats the problem??". then senyap balik. aku time tuh bengang poun ade, nak gelak poun ade, hahaha.


      Disebbkan aku dok tengah2, aku rase mcm org aku bertanggung jawab nak start. so aku main tibai jeh ckp.Bila aku dah start ckp, sume dok sibuk nak celah2, siot, bila aku soh start sume mcm tunngul ==' ahahahah. then disebabkan vocab kitorng tak tggi, panel tuh soh discuss dalam bm poun tape. pastu makin rancak plak tuh, cehh ==' hahaha, at the end kitorng kene bagi satu solution bagi masalah yng dalam task tuh. 


      nasihat aku, kaorng kene pandai2 lah bercakp time group disscussion, kalau org ckp kita jgn nak pangkah2, give out all your idea, sume tuh panel akan judge. panel nak tgk how we communicate, our softskill and our leadership. confident tuh paling penting. jang jadi minor, sbb kalau kaorg tak menonjol, peluang nak dapat scholar mmg tipis. 


      Then after tamat 15minit, panel soh bagi solution, then dia ckp thnks n tggu panggilan kalau trpilih untuk scholar. so kitorng poun keluar tggu bas ( kitorg group kedua siap dlm 50 group) hahaha. so lepas keluar tuh hujan lebat, sempat ahh main hujan.  then aroud pukul 5 balik UiTM by bus, n pukul 6 check-out.


      Bagi aku eduquest nie mmg pengalaman aku yng berharga n susah nak dapat. InsyaAllah kalau ade rezeki, aku akan dapat email dari Petronas on may 10, 2012. kalau aku tak dapat maybe bukan rezeki aku.maybe ade hikmah disebalik ape yng terjadi. Yang penting aku bersyukur telah di short listed kan untuk eduquest nie. apa pun, aku hanya mampu tawakal n berdoa jeh sekarang. kaorg yang baca entry nie, doakan aku same okayy :) terima kasih semua ! 

Tuesday, April 10, 2012

couple~

Assalamualaikum


hari nie aku nak kongsi something nan kaorg, sbb aku sering dikrtik poyo bajet bagai sbb aku mengeluarkan kenyataan yang aku tanak COUPLE lagi buat masa sekarang n dalam masa tedekat. memang, aku nak buat pengakuan jujur yang dulu aku nie kaki perempuan, bak kata org 'player' lahh kan? then selepas tuh aku dah mula insaf n aku nak setia pada yng satu. tapi selepas aku muhasabah diri n selepas apa yng berlaku pada diri aku, aku rasa biarlahh aku solo dulu buat masa sekarang. bila smpi masa baru aku pk pasal couple.






ramai yng cakap couple itu haram, but bagi aku tidak, jagan terkejut plak, bukan aku nak pesongkan akidah kaorng or sebagainye, tapi itu ape yng aku rasa. aku penah baca dalam ILOVEISLAM bahawa caople dan bercinta itu tak haram, sebaliknya mndekati zina itu haram. kalau kaorg couple hanya pada nama dan ikatan, tak haram poun, but kalau kaorg couple dan menjerumus kepada zina ( tak kesahlahh segala jenis zina) maka, hukumynya haram. macam yang ustaz Azhar Idrus penah ckp, pakai seluar pendek tak haram, tak pakai tudung tak haram, yang haramnya ialah mendedakan aurat. kaorang pakai lahh baldi atas kepala kuar rumah poun bole, takyah pakai tudung, tutup aurat kan? tak haram^^


seriously, pasal aku couple lahh aku dah hancurkan masa depan seseorg, asyik sibuk bercinta, result SPM dia tak sama dengan aku, dan aku rasa besalah sangt2 n aku tak tahu cmne nak tebus kesalahan aku tuh. so untuk mengelakkan pisang berbuah dua kali, aku tanak kapel dah. maybe itu pengajaran bagi aku jgak, so aku ase, time blaja bukan lahh masa untuk akpel lagi, kalau dah masuk degree tu lain lahh kan?


- aku tanak couple buat masa nie sebb aku syg hubungan aku nan pompuan.
kalau aku couple, mula2 mmg sweet gila2, sume yng buruk jadi cntik2, bila lame2, dah mula gado, hubungn yng dulunye rapat jadi renggangn lepas clash, dah jadi mcm musuh.


-aku tanak couple lagi sebb aku nak focus blaja dulu, insyaAllah 8 tahun lagi, bila aku dah berjaya, dah kukuh kewangan, aku masuk meming.


-aku tanak couple lagi sebb aku takut kecewa, jodoh kita ditangan tuhan, bercinta di usia sekarang jarang kekal ke jinjiang pelamin, tetapi kalau kawan kawin nan kawan mmg ramai kan? :)


nie la niat sebena kenapa aku tanka couple lagi buat masa nie, aku harap kaorg sume paham dan tidk membuat pelbagai andaian terhadap aku, aku bukan player anymore. seseungguhnya aku percaya pada jodoh di tangan Allah, ape yng kita perlu lakukan adalah berdoa agar kita dijodohkan dengan perempuan yng kita nak. so aku nak ckp, couple tak membawa kebahagian berpanjangan, kebahagiannya hanya sementara, kawan lebih baik dari couple :) 


tepuk dada tanya selera :)



music