Monday, March 26, 2012

solat istikharah

Assalamualaikum,

    Haaa, waktu sekarang nie ramai diantara kita kan yang tak tahu n keliru dalam untuk memilih bidang dan kerjaya kita pada masa akan datng kan? so aku nak shor kat kaorng, buatlahh solat isthikharah okay. sesungguhnya Allah maha mengetahui masa depan kaorng, ape yng baik untuk kaorng dan kos ape yng sesuai untuk kaorng. setiap ape keputusan yng kita nak buat, hendaklahh kita memohon petunjukNya supaya kita tidak akan menyesal di kemudian hari okaa :)

Solat Sunat Istikharah


    Solat ini dilakukan untuk mendapatkan petunjuk, terutama bila seseorang dalam keraguan memutuskan mana yang terbaik diantara dua perkara yang diragukan. Jika timbul keraguan dalam hati untuk memilih atau mengambil keputusan dalam sesuatu perkara, contohnya: apakah aku harus menolak atau menerima? Keraguan makin terasa, keputusan tidak dapat dipastikan setelah melihat masing-masing ada kelebihan dan keburukannya.


    Oleh yang demikian, hendaklah menyerahkan pada Yang Maha Kuasa untuk memilihnya. Sebelum seseorang mengambil keputusan ia dianjurkan solat istikharah dua rakaat.

    Dengan mengharapkan agar ditunjukkan Allah untuk mendapatkan pilihan yang terbaik. Jika keraguan masih mempengaruhi fikiran untuk menentukan pilihan, ulangilah solat istikharah dan membaca doanya, walaupun pengulangan sampai 7 kali berturut-turut. Selepas itu, bertawakkal kepada Allah, pilihlah salah satu daripadanya, ambillah yang mana arah ‘hati’ lebih cenderung setelah berdoa. Jangan menimbulkan lagi keraguan, yakinlah bahawa itu adalah pilihan terbaik dari yang Maha Kuasa.




    Jangan merasa kecewa andai ternyata dalam keputusan yang dipilih menimbulkan keinginan yang tidak disukai. Ingatlah bahawa ini adalah yang telah digariskan pada azali yang tidak dapat dielakkan, besar kemungkinan mengandungi hikmah, membawa kebaikan dimasa akan datang, hendaklah tetap mempunyai husnuz-zan kepada Allah.




Tata Cara Solat Istikharah


    Tata cara solat istikharah lebih kurang sama dengan solat subuh, Hanya niatnya saja yang berlainan, iaitu berniat solat istikharah. dilaksanakan sebelum tidur ataupun setelah bangun tidur. Sangat baik dilakukan sesudah lewat tengah malam disaat sunyi, supaya hati lebih khusyuk dalam mengemukakan permohonan kepada Allah. Solat ini sangat peribadi sifatnya. Sebab itu harus dikerjakan sendirian. Solat ini tidak memakai azan atau iqamah.



Lafaz niat:

Ushalli Sunnatal Istikharaati Rak’ataini Lillahi Ta’aala

Sahaja Aku sembahyang sunnat istikharah 2 rakat tunai kerana Allah Ta’ala


Rakaat pertama:

Baca surah Al-fatihah dan surah Al-kafirun


Rakaat kedua:

Baca surah Al-fatihah dan surah Al-ikhlas



Selepas salam, bacalah doa yang disarankan dalam istikharah:

Dalam berdoa sebaiknya menyebutkan permintaan yang ingin diberikan petunjuk oleh Allah s.w.t. misalnya: “Ya Allah, jika hal ini….(sebutkan namanya)”



Doa istikharah

Setelah selesai solat, berdoa seperti yang dianjurkan oleh Rasulullah SAW:




Allaahumma inni astakhiiruka bi’ilmika, wa astaqdiruka biqudratika wa as aluka min fadhlikal azhiim. Fa innaka taqdiru wa laa aqdiru, wata’lamu wa laa a’lamu, wa anta allaamul ghuyuub.
Allaahumma inkunta ta’lamu anna haadzal amra khairun lii fii diinii wama’aasyii wa ‘aaqibati amrii, ‘aajili amrii wa aajilihi faqdurhu lii wa yassirhu lii tsumma baarikliifiihi. Wa inkunta ta’lamu anna haadzal amra syarrun lii fii diinii wa ma’aasyii wa ‘aaqibatu amrii ‘aajili amrii wa aajilihi fashrif annii washrifni ‘anhu waqdur liyal khairahaytsu kaana tsumma ardhinii bihi, innaka ‘alaa kulli syai-in qadiir




Ertinya:-


“Ya Allah, aku memohon petunjuk memilih yang baik dalam pengetahuanMu, aku mohon ditakdirkan yang baik dengan kudratMu, aku mengharapkan kurniaMu yang besar. Engkau Maha Kuasa dan aku adalah hambaMu yang dhaif. Engkau Maha Tahu dan aku adalah hambaMu yang jahil. Engkau Maha Mengetahui semua yang ghaib dan yang tersembunyi.

Ya Allah, jika hal ini (***) dalam pengetahuanMu adalah baik bagiku, baik pada agamaku, baik pada kehidupanku sekarang dan masa datang, takdirkanlah dan mudahkanlah bagiku kemudian berilah aku berkah daripadanya.
Tetapi jika dalam ilmuMu hal ini (***) akan membawa bencana bagiku dan bagi agamaku, membawa akibat dalam kehidupanku baik yang sekarang ataupun pada masa akan datang, jauhkanlah ia daripadaku dan jauhkanlah aku daripadanya. Semoga Engkau takdirkan aku pada yang baik, sesungguhnya Engkau Maha Kuasa atas setiap sesuatu.”



#copypaste :)

Wednesday, March 21, 2012

belive in Allah :)

Assalamualaikum,


first aku nak cakap sorry kalau entry aku kali nie buat hati kaorg yang baca terguris or terasa.
okayy, aku tahu tadi dapt result SPM,ade yang hepi smpai melompat tak cukup tanah n ade yng bersedih n nangis. aku post entry bukan sbb nak bangga diri n so on, tapi aku tanak lahh tngok membe2 aku kecewa.


ikhlas niat aku post entry nie sbb tanak kaorg down n sedih.come onlahh guys, janga sedih lahh weyh, im begging you all. seriously aku tak hepi dengan pencapaian aku sbb membe2 baik aku kecewa n sedih. ape guna istilah kawan kan, kalau membe dok sedih kita hepi julang2 result kita. sebagai kawan kaorng, aku sedih kott kaorng tak capai target kaorg.


aku nak ingtkan kaorg, SPM bukan segala2 nya, sape yng dapat result bagus, tu maybe rezeki diorg. sape yng  dapat result yang tak mencapai target jagan lahh terlalu sedih n kecewa. Anggaplah itu sume sbagai ujian Allah untuk kita dalam menempuhi hari yang mndatang. Allah menguji hambaNya kerana Allah tahu hambaNya dapat atasi ujian tuh. setiap ape yng Allah bagi kat kita ade hikmahnye,. mybe kaorg tak berjaya sekarang, dekat u nanti mane tahu kaorg akan berjaya kan? rezeki Allah mmg ade untuk kaorg, cuma kaorg tak tahu bila ja. so jgn terlalu kecewa n sedih. tebus balik dekat u naty, kaorng bukan  tak pandai, pandai. cuma rezeki kaorg bkan masa nie. okay? just believe in ALLAH :)







sape2 yng dapat banyak B+, recheck lahh okay, then doa n solat hajat bnyak2. insyaAllahh rezeki itu ade untuk kaorg,


amalkanlahh surah AL-WAQI'AH ok, sesungguhnya surah ini adalah surah kekayaan dah mendatangkan rezeki bagi sesiapa yang mengamalkannya.amalan membacanya ia memberikan beberapa khasiat dan kelebihan tersendiri.


 Sabda Rasulullah SAW: “Surah al-Waqiah adalah surah kekayaan. Hendaklah kamu membacanya dan ajarkanlah ia kepada anak-anak kamu.” (Riwayat Ibn Mardawaih daripada Anas: Kasyf al-Khafa’) 


“Sesiapa yang membaca surah al-Waqiah pada setiap malam ia tidak akan ditimpa kefakiran.” (Riwayat daripada Ibn Mas‘ud: al-Azkar, al-Jami al-Soghir). 


“Barangsiapa membaca surah Al-Waqi’ah pada setiap hari dan malam dalam satu majlis sebanyak 40 kali, selama 40 hari pula, maka Allah akan memudahkan rezekinya dengan tanpa kesukaran dan mengalir terus dari pelbagai penjuru serta berkah pula.”


 Diantara fadhilah-fadhilah membaca surat Al-Waqi’ah adalah:


1. Jika dibaca setiap malam sebagai wirid, maka tidak akan tertimpa kepapaan. Rasulullah bersabda : Man qara’a suratal-Waqi’ati kulla lailatil lam tusibhu faqah, wa suratul-Waqi’ati suratul-gina faqra’uha wa ’allimuha aulada-kum. Ertinya: “Barangsiapa membaca surat Al-Waqi’ah tiap malam, maka tidak akan menimpa kepadanya kepapaan. Dan surat Al-Waqi’ah adalah surat kaya, maka bacalah dan ajarkanlah kepada anak-anak kamu.” 


2.Jika menginginkan datangnya rezeki dari Allah dengan tak terkira-kira datangnya, maka bbacalah surat Al-Waqi’ah selama 40 hari berturut-turut jangan terputus, dan setiap harinya dibaca 40 kali. 


3. Dengan mewiridkan surat Al-Waqi’ah sebagai bacaan rutin setiap hari dan malam, maka Allah menjauhkan kefakiran selamanya. Sa’d Al Mufti mengatakan, bahwa hadist ini shahih. Rasulullah bersabda: Man qara’a suratal-Waqi’ati lam yaftaqir abada. Ertinya: “Barangsiapa (membiasakan) membaca surat Al-Waqi’ah, maka ia tidak akan kefakiran selamanya.” 



Friday, March 16, 2012

result SPM 0.o

Assalamualaikum,


    jengs! hahaa, 3 bulan dah berlalu. 30 november kita start bergembira, nah kao 21 march! sape yang mampu tersenyum mmg hebat ahh. sume kecot perot kan menanti result SPM :D masing2 pk, mcm mane lahh slip SPM aku, cntik ka macm slip UPSR n PMR??  honestly, aku cuak gila nan result aku. ramai yng anggap aku nie cerdik n so on. bagi aku, aku bkan lahh genius n pandai, sbb aku poun blum tentu dapat straight a's lagi. aku hanya mgharap rezeki Allah ja. ape yang mampu aku buat doa n tawakal after aku dah usaha bagai nak rak last year.






    Sepertimana yang kaorg tahu, SPM nie sume orng cakap 'sijil hidup mati' kan?? klu result SPM kita tak cntik, tade masa depan ka kita? tak boleh berjaya ka? bagi aku, SPM nie landasan untuk menentukan hala tuju kita selepas sekolah. sama ada nak masuk universiti ka, keje ka or masuk politeknik n so on.SPM jugak memudahkan laluan kita untuk belajar kat u dengan adanya scholarship(kalau result bgus ahh). tak brmakna kalau spm kita tak dapat straight kita takleh berjaya.


renungkan~ kisah benar



  • sorng hamba Allah, spm dapat 9a, masuk asasi, pointer keseluruhan dpt 2.9 somting ja.SPM 9A bhai! bkan seng nak dapat 0.o

  • sorg lagi hamba Allah, SPM just 4A. tak dapat masuk asasi. so kene masuk matriks. tup2 pointr 3.92!!pergh susah kott nak dapat. Sambung degree dapat aerospace engineering.



    Ape yang aku nak tekan kan kat sini, kalau result SPM kita tak dapat straight a's or tak cantik, jagan lahh kecewa. Jangan putus harapan pada Allah. rezekiNya kat mana2 boleh kita dapat. kalau bukan time SPM, maybe pada masa akan datang kita akan dapat. syarat dia jagan putus asa. pasti ade hikmah atas ape yang trjadi pada kita :)


    Bagi yang dapat result cemerlang nanti, tahniah lahh. jagan lupa diri dan tanggungjawab kita pada Allah. janagn rasa kita hebat n so on. dan ingat perjalann hidup masih panjang. bila mintak kerja, sekarang org tak tgk result SPM, tapi tgk prestasi kita time kat universiti :)




so sama2 lah kita berdoa agar kita semua dapat result SPM yang cemerlang menjelang 21 MARCH nanti :)
supaya dapat dijadikan hadiah kepada ibubapa kita , insyaAllah.


wassalam.

Wednesday, March 7, 2012

kehidupan selepas SPM

Assalamualaikum,


     Hari nie aku ckp nak cmne hidup kita ( SPM candidate 2011) after SPM. perasan tak dulu, sbelum SPM habis, kita sibok membilang hari bilalahh SPM nak habis, tak sabar2 asenye kan? hari demi hari kita menghitung, nahhh! skang dah habis SPM, seronok tak? upu masuk bulan 9! bhahaha, rmai yang aku denga bosan dok umah n so on,dulu sibok sgt nak dok umah. manusia mmg tak reti bersyukur kan??






     Okay. let see, act lepas SPM macam2 kita boleh buat untuk hilangkan bosan. mostly kita semua terfikir nak kerja. nak kumpul duit smbil boleh isi masa lapang kan? tak semua orng dapat kerja n dibenarkan parents diorg untuk kerja. so, kepada yang sudah bekerja, tahniah aku ucapkan, kerja lahh elok2, carilahh rezeki yang halal^^


     Bagi yang tak bekerja pulak, takyah lahh kita cemburu atau jeles denga org yang sudah bekerja okayy, kaorg mesti akan down n pk nak jugak keje mcm diorng kan?? act, bagi aku,  setiap mende ade kelebihan. bagi yang bekerja, mereka takan rase bosan n akan daat duit ( mmg syok kan?). bagi yang tak bekerja pulak, kaorg takan dapat duit. tapi jgn sedih n risau, Allah itu maha kaya. Allah bagi kita masa yang bnyak smpai kita tak tahu nak buat ape.


    Seperti yang kaorg sendiri tahu kan? masa itu emas :) , banyak mende yang kaorang bole buat dengan masa yang kaorang ade. so jaganlah rase sedih, boring n so on, okay meh aku kongsi sikit ape yang kaorg boleh buat:


cari ilmu yang berguna.


    Dengan masa yang kaorg ade nihh, kaorang boleh sgt cari ilmu. ilmu bukan ja boleh dapat kat sekolah. kat mana2 poun kaorg boleh cari kalau kaorg nak. timetngah un9 fb or twitter, ape salahnya kita GOOGLE, macm2 kita boleh dapat dari situ. type ja apa yang kita nak, kita boleh dpt tahu mcm2 , both duniawi n ukhrawi. but AWAS!! kalau kaorng  jumpe hadis , jangan cepat percaya, pastikan hadis tu btol2 sahih (tgk perawi dia) then baru boleh percaya n mendalami mksd hadis tuhh.


    Selain tuh, kaorg boleh lahh baca buku2 yang ade kat rumah kaorg. buku2 agama mak parents kaorg ka, majalah ka n so on. jgn anggap kita dah pandai, act banyak agi mnde yang kita tak tahu kat dunia ni. so dengan membaca kaorg will know a lot of things. 


belajar mende baru.


    Time skang lahh kita boleh blaja mcm2. yela kan, dulu dok hostel ape yang kita tahu hanya lahh buku kimia, bio, sejarah n so on. bagi kaum perempuan tuh, kaorg patutlahh belajar memasak n jadi suri rumah time skang nie, kalau tak bila lagikan kaorg nak blaja? takkan nak tggu kawin kot, susah nanti.


main dan habiskan game baru.


    Ahha! masa nie lahh kita boleh guna kan untuk main game weyh, takkan nak baca buku je tak? hahaha, dengan adanya game, tiada lagi istilah bosan or boring, hahaha. habis satu game, beli game yang baru. habis agi beli agi :D other than that, kaorg boleh jugak hang out nan kawan2 untuk hilangkan bosan.







Secara keseluruhannya, masa yang Allah bagi kat kita sekarang janganlah kita sia-siakan. jadi lahh orang yang bersyukur. jangan bila kita kesempitan masa nanti, barulahh kita menyesal tak gunakan masa yang ada sekarang dengan sebaik mugkin. ingat , gunakan waktu yang lapang sebelum tiba waktu sempit. sekian.wassalam :)

Tuesday, March 6, 2012

10 jenis umat islam yang kejam













Sufyan Athsauri berkata :

Sepuluh macam dari kekejaman ialah :



1. seseorang yang berdoa untuk dirinya sendiri dan tidak mendoakan anak-anaknya dan kaum mukmin.

2. seorang yang pandai membaca Al-Quran, tetapi tiap harinya tidak membaca seratus ayat.


3. seorang yang masuk masjid lalu keluar dan tidak solat dua rakaat. ( Sunat Tahyatul-Masjid)


4. seorang yang berjalan melalui kuburan kemudian tidak memberi salam dan mendoakan ahli kubur.


5. seseorang yang sampai di sebuah kota pada hari jumaat kemudian tidak solat jemaah.


6. seseorang yang didaerahnya didatangi oleh seorang alim, tiba-tiba tidak mahu belajar apa-apa daripadanya.


7. dua orang yang bertemu di perjalanan dan masing-masing tidak menanyakan nama kawannya itu.


8. seseorang yang diundang pada jamuan tiba-tiba tidak datang.


9. pemuda yang tidak ada kerja dan tidak mahu belajar ilmu dan kesopanan.


10. seseorang yang kenyang sedang dia tahu bahawa tetangganya lapar, tetapi tidak diberi dari makanannya itu.











music