Wednesday, February 8, 2012

qadha solat

Assalamualaikum,


     firstly, penah tak you all terfikir bape banyk solat yang kaorng penah tertinggal sepanjang kaorang sudah akil baligh?? mesti banyak kan sampai tidak terkira banyak nya oleh jari jemari di tangan dan kaki kan?? fiuh, the same goes to me lahh ==' okay  aku nak share nan kaorng somthing,






hukum meningalkan solat fardhu



Orang yang meninggalkan solat fardhu adalah amat buruk dan sangat keji sekali, malahan ianya terlebih keji daripada iblis.
Ini kerana si iblis hanya enggan sujud kepada nabi Adam a.s. yang merupakan makhluk, tetapi orang yang meninggalkan solat adalah seorang yang enggan bersujud kepada Allah s.w.t yang merupakan Khaliq (pencipta).
Justeru itu, dosa meninggalkan solat itu amat besar sekali. Di Akhirat nanti seseorang yang meninggalkan solat itu akan dimasukkan ke dalam neraka.
Allah s.w.t telah menceritakan di dalam al-Quran, bahawa ahli syurga (Ashabul Yamiin) telah bertanya kepada penghuni neraka, yang bermaksud:
Apakah yang menyebabkan kamu masuk ke dalam neraka? Mereka menjawab, kami dahulu bukan daripada golongan orang-orang yang bersolat.
Daripada Abdullah bin Umar r.a. daripada Nabi s.a.w. bahawa pada suatu hari baginda menyebut tentang solat lalu baginda bersabda, yang bermaksud:
Sesiapa yang memelihara solat, nescaya solatnya menjadi nur untuknya, ketandaan (iman) dan kelepasan (dari neraka) pada hari kiamat.
Sebaliknya sesiapa yang tidak memeliharanya nescaya tiada nur baginya, ketandaan dan kelepasan.
Malahan dia adalah (dikumpulkan dalam neraka yang paling panas sekali) bersama Qarun, Fir’aun, Haman dan Ubai bin Khalaf.
(Hadis riwayat Ahmad, at-Tabrani dan Ibnu Hibban).
Daripada Jabir r.a. meriwayatkan beliau telah mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda, yang bermaksud:
Sesungguhnya meninggalkan solat ialah (perkara yang menghubungkan) seseorang dengan kufur.
(Hadis riwayat Ahmad dan lain-lainnya).


apa yang perlu kita lakukan jika kita tertinggal solat fardhu??


qada' is the answer. Pengertian qada' menurut bahasa ialah menunaikan dan membayar. Menurut istilah pula ialah menunaikan ibadat di luar waktunya atau masih di dalam waktunya. Mereka yang meninggalkan solat sama ada sengaja atau tidak, diwajibkan mengqada'kan solat itu di luar waktunya. Meninggalkan solat tanpa uzur yang syarie' dianggap berdosa. Uzur yang dibenarkan ialah dua perkara iaitu terlupa dan tertidur.

Para ulama sepakat bahawa mengqadha' solat itu wajib bagi orang yang lupa atau tertidur, 


hadis Rasulullah SAW: 


"Sebenarnya bukanlah termasuk lalai kerana tertidur. Kelalaian itu ialah di waktu bangun. Maka apabila seseorang lupa solat atau ia tertidur, hendaklah ia melakukannya jika telah ingat atau sedar". 


Orang yang pengsan, tidak perlu mengqadha' solatnya, kecuali bila ia sedar itu cukup waktu untuk bersuci dan bersolat.




kepentingan qada'


okay, aku pernah tanya usatazah kat skolah dulu tentang kaitan taubat n qadha' solat, read coversation below,

haziq : ustazah, saya nak tanya( angkat tangan )

ustazah : nak tanya ape haziq, sila lah

haziq : klu kita taubat, dosa meninggalkan solat poun dimaafkan ka??

ustazah : Allahualam ziq, dia macam nie, Allah mungkin akan memaafkan kita, tapi kita wajib qada' solat yang kita trtinggal. tapi dengan syarat jgn tggal solat dengan sengaja lagi.

haziq : macm mane tuh? (kurg paham)

ustazah :  mcm nie lahh, kamu dah mintak maaf kat Allah, dan bila Allah dah maafkan kamu, kamu still ade hutang dengan Allah, hutang dia solat yang kamu tinggalkan dulu, kamu wajib qada'.

haziq : so azab meninggalakan solat stil kene ka klu tak qada'??

ustazah : mungkin kene, Allahualam.

haziq : mcm mane sye nak buat ustazah?? mane sy tahu bnyk mane yang sye tertinggal??

ustazah : sng ja ziq, selepas solat fardhu, kamu qada' lahh satu solat, contoh, lepas solat subuh, kamu buat solat qada' subuh, insyaAllah kita dapat qada' balik semua solat yang kita tertinggal,

haziq : okay pham, terima kasih.




Mereka yang meninggalkannya sama ada terlupa atau tertidur atau sengaja, wajib bertaubat kepada Allah SWT dengan taubat yang bersungguh-sungguh. Taubat tidak akan diterima selagi tidak memenuhi syarat-syarat taubat iaitu, tidak lagi meninggalkan solat dalam keadaan bagaimana sekalipun, menyesal di atas segala perbuatan maksiat khususnya solat yang ditinggalkan dan berazam tidak akan mengulangi semua keburukan pada masa akan datang. Wajib ke atasnya mengqada' semula solat-solat yang telah ditinggalkan. Sesungguhnya, perkara pertama yang dihisab oleh Allah adalah solat fardhu. menurut kata ustaz Azhar Idrus, jikalau solat fardhu kita tidak sempurna maka sia-sialah amalan sunat kita. Allahualam.

so kaorang fikirlah sendiri okay,  wassalam^^

No comments:

Post a Comment

music