Tuesday, February 7, 2012

kehidupan di sbp lebih baik berbanding di rumah~





Assalamualaikum,


    okay, aku saje nak ckap, aku slalu termenung ingt balik saat2 aku kat asrama dulu, bkan ape, aku rase life kat sane better dari kat rumah ==' kaorang penah rasa tak ape yang aku rasa?? okay, let me tell you,


bangun awal pagi


banyak kott kelebihan org yang bagun awa; pagi, kalau kat rumah mmg susah nak bgun pagi, niat tuh mmg lahh ade, tapi confirm trlajak punyalahh,kan? 




1.Bangun awal di waktu pagi dapat mencegah daripada penyakit hati.
2. Membantu membekalkan kandungan vitamin untuk tubuh badan.
3. Membantu dalam membekalkan tenaga, mencergaskan tubuh badan
Kesihatan tubuh badan akan dirasai oleh orang yang sentiasa bersolat, orang yang menjaga solat subuh, tahajjud, tidur yang sedikit memberi kekuatan dan tenaga yang berterusan. Ini dapat menyangkal dakwaan bahawa tidur yang banyak/lama dapat memberi kekuatan dan kesihatan.

solat di awal waktu

 kat skolah dulu mostly kita solat awal waktu kan, even ari minggu poun, yelahh, sebb bila dengar azan ja mesti kita trus g surau, kalau malas, membe akan ajak n ajak , last2 kita pegi jgk, when we are at home, the situation is totally different,  bila azan dah masuk, kita sibok dengan game lahh, fb lahh , tv lahh anything else yang wat kita leka n lalai. terdapat banyak fadilat solat awal waktu,



1) Hadith Nabi SAW:

الصلاة في أول الوقت : رضوان الله وفي آخره عفو الله (رواه الترمذي)
Ertinya: " Solat di awal waktu ; perolehi keredhaan Allah, dan di akhjrnya mendapat keampunan Allah" ( Riwayat At-Timidzi tetapi Albani mengatakan Mawdhu)

2) Sabda Nabi SAW

سيل النبي صلى الله عليه وسلم أي الأعمال أفضل , قال الصلاة لأول وقتها (رواه الترمذي)
Ertinya: " Ditanya Nabi SAW , apakah amalan yang terbaik, maka jawab Nabi : Solat di awal waktu" ( Riwayat At-Tirmidzi dan Abu Daud, Albani : Sohih


5) Nabi SAW bersabda :

 Ertinya: "Jangan kamu melewatkan solat kerana makanan dan juga lainnya" (Riwayat Abu Daud , Al-Albani menyatakannya Dhoif)


solat berjemaah di surau



cuba kita tanye diri kita, kat rumah bape hari sekali kita solat di surau berbanding di sekolah?? kadang2 satu hari tuhh tade lgsungkan??== alangkah senangnya kita dapat pahala bila kat skolah kan, kita mmg tak perasan, bila fikir balik mmg seng^^


Fadhilat (kelebihan) solat berjemaah

Fadhilat solat berjemaah amat besar sekali berbanding dengan solat bersendirian. Sabda Nabi s.a.w yang bermaksud:
Solat berjemaah melebihi solat bersendirian dengan 27 darjat (atau 27 kali ganda). (Hadith riwayat al-Bukhari dan Muslim)
Tuntutan berjemaah pada solat fardhu

Dalil tentang amat kuatnya tuntutan berjemaah itu ialah apa yang diriwayatkan oleh Imam al-Bukhari dan Muslim, bahawa,
Rasulullah s.a.w pernah mengancam untuk membakar rumah orang yang meninggalkan solat berjemaah.
Imam Muslim pula meriwayatkan hadith daripada Abu Hurairah r.a:
Ada seorang lelaki buta telah datang mengadu kepada Nabi s.a.w bahawa dia tidak mempunyai orang yang boleh memimpinnya pergi ke masjid. Oleh itu dia mengharapkan Baginda memberi kelonggaran kepadanya untuk bersolat di rumahnya. Pada mulanya Baginda telah membenarkannya, tetapi kemudiannya Baginda menarik balik kebenaran tadi setelah Baginda mengetahui bahawa si buta tadi dapat mendengar seruan azan solat yang dikumandangkan di masjid.
kelebihan solat di surau atau masjid^^
Sabda Rasulullah s.a.w:

            “Apabila seseorang itu telah berwuduk dengan sempurna dan menuju ke masjid dengan niat semata-mata hendak solat, maka setiap langkahnya mendapat pahala dan menghapuskan satu dosa.”
(Bukhari)

menghadiri majlis ilmu
kat skolah dulu boleh dikatakan setiap hari kita menghadiri majlis ilmu di surau or masjid,tak kisah lahh lama or sekejap, asalkan ade, tapi kat rumah nak hadir satu majlis ilmu kat surau poun susahh, bagi pengetahuan kaorang, org yang mghadiri majlis ilmu di surau or masjid mendapat keampunan dari Allah,

Dari Abu Hurairah ra. dari Nabi saw. beliau bersabda : “Sungguh Allah
mempunyai malaikat-malaikat yang mulia yang selalu berjalan mencari majlis zikir, apabila mereka mendapatkan suatu majlis yang dipergunakan untuk berzikir, maka mereka duduk di situ dan masing-masing malaikat membentangkan sayapnya, sehingga memenuhi ruangan yang berada di antara ahli zikir dan langit dunia. Apabila ahli zikir itu telah kembali ke rumah masing-masing, maka para malaikat itu naik ke langit, dan kemudian di tanya oleh Allah Azza wa Jalla padahal Allah telah mengetahuinya :
“Dari mana kalian datang ?”
Para malaikat menjawab : “Kami baru saja mendatangi hamba-Mu di bumi yang membaca tasbih, takbir, tahmid dan memohon kepadaMu.”
Allah bertanya : “Apakah yang mereka minta ?”
Malaikat menjawab : “Mereka minta Syurga.”
Allah bertanya : “Apakah mereka pernah melihat syurga-Ku ?”
Para Malaikat menjawab : “Belum pernah”
Allah bertanya : “Bagaimana jika mereka melihat Syurga-Ku ?”
Para Malaikat menjawab : “Mereka juga mohon diselamatkan.”
Allah bertanya : “Mereka mohon diselamatkan dari apa ?”
Para Malaikat menjawab : “Dari Neraka-Mu.”
Allah bertanya : “Apakah mereka pernah melihat Neraka ?”
Para Malaikat menjawab : “Belum pernah”
Allah bertanya : “Bagaimana jika mereka pernah melihatnya?”
Para Malaikat menjawab : “Mereka juga memohon ampun kepada-Mu.”
Allah berfirman : “Aku telah mengampuni mereka, maka Aku akan memenuhi permohonan mereka dan akan menjauhkan mereka dari apa yang mereka mohon untuk diselamatkan.”
Para Malaikat berkata : “Wahai Tuhanku, di dalam majlis itu ada si Fulan,
seorang hamba yang banyak berdosa, ia hanya lewat kemudian ikut duduk
bersama mereka.”
Allah berfirman : “Kepada Fulan pun Aku mengampuninya. Mereka semua adalah termasuk ahli zikir, dimana tidak ada seorang yang duduk di situ akan mendapatkan celaka.” (HR. Bukhari Muslim)


sebelum spm habis aku punyalahh tak sabar nak habis skolahh, nak enjoy kat rumah, tapi bila dah habis skolah, jauh dalam hati aku , aku rindu situasi kat semesta tahun lepassss, ape yang aku post nie harap dapat kita renung bersama untuk berubah kearah yang lebih baik n klu aku salah dalam menyampaikan mende nie, tegurlahh aku okayy,


wassalam


5 comments:

  1. yup. amat setuju. tapi kita kne bsyukur jugk sbb dapat luangkan mse ngn fmily. yg penting, kne guna masa yg ada kt rumh dgn baik :)

    ReplyDelete
  2. yup, tapi kat rumah kita tak selalu amalkan amalan yang kita sering amalkan kat skolahh, ase mcm rugi plak==' hope post nie dapat mengingatkan anda semua^^

    ReplyDelete
  3. masuk U nnti mesti boleh buat balik:)

    ReplyDelete
  4. masuk U nati dah tak same kina oi, lain

    ReplyDelete

music