Tuesday, January 31, 2012

sms berantai

Assalamualaikum,


   aku ade dapat text dari membe aku yang mengandungi ayat2 suci Al-quran, alhamdulillah ahh aku dapat ilmu baru ( potongan ayat Al-quran yang patot aku baca untuk mendapat rezeki)tapi yang palin aku tak suka bila kat pengakhiran txt tersebut ade ayat nie: 


" sila sebarkan message ini kepada 10 rakan anda, dalam masa dua hari, anda akan mendapat berita baik" 


dan ayat nie:

"jika anda tidak menyebarkan perkara ini, anda akan ditimpa musibah"


   so aku nak ulas sikit mende nie. untuk apakah sume mende nie?? kita ikhlas nak sebarkan agama Allah or kita takut kan ancaman pesanan tuh?? mende nie seolah2 menwajibkan kita untuk sebarkan perkara tuh, bukan kita ikhlas nak sebarkan, siapa org yang sebarkan pesanan tuh nak buat dasar, kan?? 





Firman Allah dalam Surah an-Nahl : 116 , bermaksud :


“ Dan janganlah kalian mengatakan terhadap apa yang disebut-sebut oleh lidah kalian secara dusta, “Ini halal dan ini haram”, untuk mengadakan pembohongan terhadap Allah SWT. Sesungguhnya orang yang mengada-adakan kebohongan terhadap Allah tidak akan beruntung.”

  aku pernah tegur kawan aku sebab sebarkan mende nie dulu, bkan dia nak dengar, aku plak kene marah, okay, aku bukan kedekut dan sebagainya, tapi mende2 camni dibuat oleh seseorg yang ingin merosakkan akidah kita tnpa kita sedari, so bila kaorg dapat txt cmnie, jgn sebarkan atas dasar takutkan musibah atau mgharapkan rezeki dan tuah yang datg apabila kita foward txt tuh, edit dan buangkan ayat 'rezeki' dan 'musibah'. foward ikhlas kerana Allah. sesungguhnya, rezeki dan bala itu hak Allah sahaja^^


No comments:

Post a Comment

music