Monday, January 30, 2012

sains aktuari

Assalamulaikum semua,

    Bagi kawan2 yang sedang menuggu result SPM, mesti kaorang tengah pk kan, kos ape yang kaorang patut ambik? field of jobs yang akan menanti kaorng in the future? okayy aku ade baca dalam job rated yang nowadays malaysia kekurangan orang yang mahir dalam bidang sains aktuari.

   mesti kaorang tertanya2 kan?? what is actuarial scince?? disini aku nak kongsi nan kaorg ape yang aku dapat dari google :



Seorang aktuari merupakan ahli perniagaan profesional yang berhubungkait dengan rekacipta insurans, pencen dan program-program kewangan yang lain. Melalui aplikasi kebarangkalian, statistik, teori risiko dan prinsip-prinsip kewangan, seorang aktuari dapat mengira risiko masa hadapan berkaitan dengan program insurans, anuiti dan pencen.
Untuk mencapai kesemua ini, seorang aktuari harus terdahulunya mengumpul dan menganalisa data untuk membentuk model matematik. Model-model kebarangkalian penyakit, kematian, kemalangan dan sebagainya serta jadual-jadual kebarangkalian pengangguran dan sebagainya dibina. Selepas kesemua kebarangkalian dan kos syarikat dikira, seorang aktuari mampu menetapkan harga premium yang akan memenuhi keperluan pembayaran manfaat insurans yang dijangkakan.
Seorang aktuari pernah dikenali sebagai arkitek kewangan dan ahli matematik kemasyarakatan disebabkan oleh kombinasi unik kemahiran analisis dan perniagaan mereka dalam menyelesaikan masalah kewangan dan sosial yang kian meningkat. Pengiraan dan perancangan seorang aktuari adalah tulang belakang industri insurans dan sekuriti kewangan. Kerja-kerja aktuari banyak melibatkan matematik, seorang aktuari juga mesti senantiasa mengikuti perkembangan isu-isu semasa dan tren perniagaan, sains kemasyarakatan , undang-undang dan ekonomi.


TEMPAT AKTUARI BEKERJA
Sejarah awal menunjukkan bahawa tugas-tugas aktuari berkait dengan kehidupan dan perniagaan terutamanya kemortalan dan faedah kompaun. Peranan aktuari juga berkait rapat dengan risiko kewangan. Daripada aktiviti-aktiviti ini, tugas aktuari telah tersebar merangkumi insurans dan pelaburan.
Di Amerika Utara dan Australia, di antara penglibatan aktuari adalah dalam lapangan;
  • Perancangan strategik
  • Risiko persekitaran
  • Demografi
  • Peramalan cuaca
  • Insurans kesihatan
  • Pengurusan harta benda & dana
  • Firma undang-undang

Di negara-negara lain, peranan aktuari tertumpu di sektor insurans dan pelaburan serta pengurusan sistem sekuriti kewangan.
Terdapat juga aktuari yang bekerja sebagai Perunding. Mereka membekalkan khidmat nasihat kepada syarikat dan badan-badan lain yang tidak menggaji pekerja-pekerja aktuari. Biasanya nasihat perunding merangkumi isu-isu yang luas, tumpuan perunding individu selalunya terhadap perkembangan kepakaran aktuari di dalam penggunaan persekitaran perniagaan.
Seorang aktuari juga boleh bekerja dalam sektor kerajaan. Mereka biasanya ditugaskan untuk menguruskan pelan pencen atau insurans kerajaan. Ramai aktuari juga bekerja dalam profesion pendidikan sebagai pensyarah-pensyarah di Universiti.


Seorang yang ingin menjadi seorang aktuari haruslah:
  • Pelajar cemerlang yang sangat baik dalam matematik.
  • Seorang suka menyelidik dan senantiasa ingin tahu yang gemar mempelajari sesuatu dan suka menyelesaikan masalah rumit.
  • Seorang yang gemar permainan strategi seperti catur dan permainan komputer yang mencabar.
  • Seorang yang gemar menulis dan berkomunikasi dengan orang lain.
  • Minat dalam isu-isu sejarah, sosial, perundangan dan politik.
  • Seorang yang mempunyai motivasi diri dan mempunyai sifat kepimpinan.
Sekiranya anda mempunyai kualiti-kualiti seperti yang dinyatakan, anda mungkin mampu menjadi seorang aktuari.


AKTUARI DI UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA
Di Malaysia, sains aktuari yang ditawarkan oleh Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) adalah pada peringkat sarjana muda. Manakala, Institut Teknologi Mara (ITM) menawarkan kursus ini di peringkat diploma dan sarjana muda. Program Sains Aktuari merupakan satu daripada program yang terdapat di bawah Pusat Pengajian Sains Matematik, Fakulti Sains Dan Teknologi, UKM.
Sains Aktuari adalah satu bidang profesional. Oleh itu, terdapat badan-badan profesional yang menawarkan peperiksaan profesional. Seseorang itu perlu menduduki dan lulus peperiksaan ini sebelum ditauliahkan sebagai seorang aktuari.


OBJEKTIF SAINS AKTUARI
Program ini diwujudkan untuk mengeluarkan pegawai aktuari yang mahir dalam pelbagai jabatan dalam syarikat insurans seperti jabatan aktuari, pengunderaitan, perkhidmatan polisi, perancangan korporat, pelaburan dan sebagainya. Selain daripada itu, program ini juga bertujuan untuk menyediakan asas yang mencukupi untuk menduduki peperiksaan ikhtisas sains aktuari di peringkat "Associateship". Tumpuan juga diberi supaya para siswazah dapat memberikan sumbangan yang berkesan dalam sektor kewangan yang lain dan bukan terhad kepada sektor insurans.


SYARAT KEMASUKAN 
Calon-calon yang ingin mengkhusus dalam program Matematik, Statistik atau Sains Aktuari mestilah
  1. lulus sekurang-kurangnya gred C dalam kursus Matematik dan dua kursus yang lain di peringkat Matrikulasi KPM, atau
  2. lulus dalam mata pelajaran Matematik dan satu daripada mata pelajaran Sains dengan mendapat sekurang-kurangnya gred E di peringkat STPM, atau
  3. lulus sekurang-kurangnya gred C dalam kursus Matematik dan dua kursus yang lain di peringkat Diploma.


got it?? i hope ianya dapat membantu kaorg^^ 

No comments:

Post a Comment

music