Monday, January 30, 2012

amalan untuk dimurahkan rezeki :)


1} Mengabdikan diri untuk beribadah
Allah s.w.t tidak mensia-siakan pengabdian diri hamba-Nya seperti firman-Nya,"Wahai anak Adam,sempatkanlah untuk menyembahKu maka Aku akan membuat hatimu kaya dan menutup kekafifiranmu.Jika tidak melakukannya Aku akan penuhi tanganmu dengan kesibukan dan Aku tidak menutup kefakiranmu."(Riwayat Ahmad,Tarmizi,Ibnu Majah dan al-Hakim dari Abu Hurairah r.a)



2} Memperbanyakkan Istighfar
Sabda Nabi s.a.w,"Barang siapa memperbanyakkan istigfar maka Allah s.w.t akan menghapuskan segala kedukaannya,menyelesaikan segala masalahnya dan memberinya rezeki dari arah yang tidak disangka."(Riwayat Ahmad,Abu Daud,an-Nasa'i,Ibnu Majah dan al-Hakim dari Abdullah bin.Abbas r.a)



3} Sentiasa Mengingati Allah
Firman Allah s.w.t,"Orang-orang beriman dan hati mereka menjadi tenteram dengan mengingati Allah.Ingatlah,hanya dengan mengingati Allah hati menjadi tenang."(surah Ar-Ra'd ayat 28)



4} Mendoakan ibu bapa
Nabi Muhammad s.a.w brsabda,"Mendoakan ibu dan bapa juga menjadi sebab mengalirnya rezeki.Apabila hamba itu meninggalkan berdoa kepada kedua orang tuanya nescaya terputuslah rezeki (Allah) daripadanya."(Riwayat al-Hakim dan ad-Dailami)



5} Menjalin silaturrahim
Nabi Muhammad s.a.w bersabda,"Barangsiapa ingin dilapangkan rezekinya dan dilambatkan ajalnya maka hendaklah dia menghubungi sanak-saudaranya "(Riwayat Bukhari)



6} Melazimi kekal berwuduk

Seorang Arab desa menemui Rasulullah s.a.w dan meminta pedoman mengenai beberapa perkara termasuk mahu dimurahkan rezeki oleh Allah s.w.t.Lalu Rasulullah s.a.w bersabda,"Sentiasalah berada dalam keadaan bersih(dari hadas)nescaya Allah akan memurahkan rezeki."(Diriwayatkan daripada Saiyidina Khalid al-Walid)



7} Bersedekah
Sedekah mengundang rahmat Allah dan menjadi sebab Allah s.w.t membuka pintu rezeki seseorang itu.Nabi Muhammad s.a.w bersabda kepada Zubir bin.al-Awwam,"Hai Zubair,ketahuilah bahawa kunci rezeki hamba itu ditentang Arasy,yang dikirim oleh Allah azza wajalla kepada setiap hamba sekadar nafkahnya.Maka siapa yang membanyakkan pemberian kepada orang lain,nescaya Allah membanyakkan baginya.Dan siapa yang menyedikitkan,nescaya Allah menyedikitkan baginya."(Riwayat ad-Daruguthni dari Anas r.a)



8} Mengamalkan solat Dhuha
Amalan solat Dhuha yang dibuat waktu orang sedang sibuk urusan dunia(aktiviti harian),juga mempunyai rahsia tersendiri.Firman Allah s.w.t,"Wahai anak Adam,jangan sekali-kali engkau malas mengerjakan empat rakaat pada waktu permulaan siang(solat Dhuha),nanti pasti akan aku cukupkan keperluanmu pada petang harinya."(Riwayat al-Hakim dan Tabhrani)



9} Bersyukur kepada Allah
Syukur ertinya mengakui segala pemberian dan nikmat Allah s.w.t.Melupainya adalah seperti kufur nikmat yang Allah berikan.Allah s.w.t berfirman,"Demi sesungguhnya!Jika kamu bersyukur ,nescaya Aku tambahi nikmatMu,dan demi sesungguhnya jika kamu kufur,sesungguhnya azabKu amat keras."(Surah Ibrahim ayat 7)



10} Bertawakal

Nabi Muhammad s.a.w bersabda,"Seandainya kamu bertawakal kepada Allah dengan sebenar-benar tawakal,nescaya kamu diberi rezeki seperti burung iaitu,pada pagi hari lapar dan petang hari telah kenyang."(Riwayat Ahmad,at-Tarmizi,Ibnu Majah,Ibnu Hibban,al-Hakim dari Umar bin al-Khattab r.a)




11} Melazimi solat malam (tahajud)
Ada keterangan bahawa amalan solat tahajjud memudahkan memperoleh rezeki, menjadi sebab seseorang itu dipercayai dan dihormati orang dan doanya dimakbulkan Allah. 




12} Berdoa
Berdoa menjadikan seorang hamba dekat dengan Allah, penuh bergantung dan mengharap pada rahmat dan pemberian dari-Nya. Dalam al-Quran, Allah suruh kita meminta kepada-Nya, nescaya Dia akan perkenankan.




    jadi marilah sama2 kita amalkan supaya kita semua ( SPM  candidates 2011) bejaya mendapat result yang cemerlang InsyaAllah^^



No comments:

Post a Comment

music