Tuesday, January 31, 2012

sms berantai

Assalamualaikum,


   aku ade dapat text dari membe aku yang mengandungi ayat2 suci Al-quran, alhamdulillah ahh aku dapat ilmu baru ( potongan ayat Al-quran yang patot aku baca untuk mendapat rezeki)tapi yang palin aku tak suka bila kat pengakhiran txt tersebut ade ayat nie: 


" sila sebarkan message ini kepada 10 rakan anda, dalam masa dua hari, anda akan mendapat berita baik" 


dan ayat nie:

"jika anda tidak menyebarkan perkara ini, anda akan ditimpa musibah"


   so aku nak ulas sikit mende nie. untuk apakah sume mende nie?? kita ikhlas nak sebarkan agama Allah or kita takut kan ancaman pesanan tuh?? mende nie seolah2 menwajibkan kita untuk sebarkan perkara tuh, bukan kita ikhlas nak sebarkan, siapa org yang sebarkan pesanan tuh nak buat dasar, kan?? 





Firman Allah dalam Surah an-Nahl : 116 , bermaksud :


“ Dan janganlah kalian mengatakan terhadap apa yang disebut-sebut oleh lidah kalian secara dusta, “Ini halal dan ini haram”, untuk mengadakan pembohongan terhadap Allah SWT. Sesungguhnya orang yang mengada-adakan kebohongan terhadap Allah tidak akan beruntung.”

  aku pernah tegur kawan aku sebab sebarkan mende nie dulu, bkan dia nak dengar, aku plak kene marah, okay, aku bukan kedekut dan sebagainya, tapi mende2 camni dibuat oleh seseorg yang ingin merosakkan akidah kita tnpa kita sedari, so bila kaorg dapat txt cmnie, jgn sebarkan atas dasar takutkan musibah atau mgharapkan rezeki dan tuah yang datg apabila kita foward txt tuh, edit dan buangkan ayat 'rezeki' dan 'musibah'. foward ikhlas kerana Allah. sesungguhnya, rezeki dan bala itu hak Allah sahaja^^


Monday, January 30, 2012

amalan untuk dimurahkan rezeki :)


1} Mengabdikan diri untuk beribadah
Allah s.w.t tidak mensia-siakan pengabdian diri hamba-Nya seperti firman-Nya,"Wahai anak Adam,sempatkanlah untuk menyembahKu maka Aku akan membuat hatimu kaya dan menutup kekafifiranmu.Jika tidak melakukannya Aku akan penuhi tanganmu dengan kesibukan dan Aku tidak menutup kefakiranmu."(Riwayat Ahmad,Tarmizi,Ibnu Majah dan al-Hakim dari Abu Hurairah r.a)



2} Memperbanyakkan Istighfar
Sabda Nabi s.a.w,"Barang siapa memperbanyakkan istigfar maka Allah s.w.t akan menghapuskan segala kedukaannya,menyelesaikan segala masalahnya dan memberinya rezeki dari arah yang tidak disangka."(Riwayat Ahmad,Abu Daud,an-Nasa'i,Ibnu Majah dan al-Hakim dari Abdullah bin.Abbas r.a)



3} Sentiasa Mengingati Allah
Firman Allah s.w.t,"Orang-orang beriman dan hati mereka menjadi tenteram dengan mengingati Allah.Ingatlah,hanya dengan mengingati Allah hati menjadi tenang."(surah Ar-Ra'd ayat 28)



4} Mendoakan ibu bapa
Nabi Muhammad s.a.w brsabda,"Mendoakan ibu dan bapa juga menjadi sebab mengalirnya rezeki.Apabila hamba itu meninggalkan berdoa kepada kedua orang tuanya nescaya terputuslah rezeki (Allah) daripadanya."(Riwayat al-Hakim dan ad-Dailami)



5} Menjalin silaturrahim
Nabi Muhammad s.a.w bersabda,"Barangsiapa ingin dilapangkan rezekinya dan dilambatkan ajalnya maka hendaklah dia menghubungi sanak-saudaranya "(Riwayat Bukhari)



6} Melazimi kekal berwuduk

Seorang Arab desa menemui Rasulullah s.a.w dan meminta pedoman mengenai beberapa perkara termasuk mahu dimurahkan rezeki oleh Allah s.w.t.Lalu Rasulullah s.a.w bersabda,"Sentiasalah berada dalam keadaan bersih(dari hadas)nescaya Allah akan memurahkan rezeki."(Diriwayatkan daripada Saiyidina Khalid al-Walid)



7} Bersedekah
Sedekah mengundang rahmat Allah dan menjadi sebab Allah s.w.t membuka pintu rezeki seseorang itu.Nabi Muhammad s.a.w bersabda kepada Zubir bin.al-Awwam,"Hai Zubair,ketahuilah bahawa kunci rezeki hamba itu ditentang Arasy,yang dikirim oleh Allah azza wajalla kepada setiap hamba sekadar nafkahnya.Maka siapa yang membanyakkan pemberian kepada orang lain,nescaya Allah membanyakkan baginya.Dan siapa yang menyedikitkan,nescaya Allah menyedikitkan baginya."(Riwayat ad-Daruguthni dari Anas r.a)



8} Mengamalkan solat Dhuha
Amalan solat Dhuha yang dibuat waktu orang sedang sibuk urusan dunia(aktiviti harian),juga mempunyai rahsia tersendiri.Firman Allah s.w.t,"Wahai anak Adam,jangan sekali-kali engkau malas mengerjakan empat rakaat pada waktu permulaan siang(solat Dhuha),nanti pasti akan aku cukupkan keperluanmu pada petang harinya."(Riwayat al-Hakim dan Tabhrani)



9} Bersyukur kepada Allah
Syukur ertinya mengakui segala pemberian dan nikmat Allah s.w.t.Melupainya adalah seperti kufur nikmat yang Allah berikan.Allah s.w.t berfirman,"Demi sesungguhnya!Jika kamu bersyukur ,nescaya Aku tambahi nikmatMu,dan demi sesungguhnya jika kamu kufur,sesungguhnya azabKu amat keras."(Surah Ibrahim ayat 7)



10} Bertawakal

Nabi Muhammad s.a.w bersabda,"Seandainya kamu bertawakal kepada Allah dengan sebenar-benar tawakal,nescaya kamu diberi rezeki seperti burung iaitu,pada pagi hari lapar dan petang hari telah kenyang."(Riwayat Ahmad,at-Tarmizi,Ibnu Majah,Ibnu Hibban,al-Hakim dari Umar bin al-Khattab r.a)




11} Melazimi solat malam (tahajud)
Ada keterangan bahawa amalan solat tahajjud memudahkan memperoleh rezeki, menjadi sebab seseorang itu dipercayai dan dihormati orang dan doanya dimakbulkan Allah. 




12} Berdoa
Berdoa menjadikan seorang hamba dekat dengan Allah, penuh bergantung dan mengharap pada rahmat dan pemberian dari-Nya. Dalam al-Quran, Allah suruh kita meminta kepada-Nya, nescaya Dia akan perkenankan.




    jadi marilah sama2 kita amalkan supaya kita semua ( SPM  candidates 2011) bejaya mendapat result yang cemerlang InsyaAllah^^



sains aktuari

Assalamulaikum semua,

    Bagi kawan2 yang sedang menuggu result SPM, mesti kaorang tengah pk kan, kos ape yang kaorang patut ambik? field of jobs yang akan menanti kaorng in the future? okayy aku ade baca dalam job rated yang nowadays malaysia kekurangan orang yang mahir dalam bidang sains aktuari.

   mesti kaorang tertanya2 kan?? what is actuarial scince?? disini aku nak kongsi nan kaorg ape yang aku dapat dari google :



Seorang aktuari merupakan ahli perniagaan profesional yang berhubungkait dengan rekacipta insurans, pencen dan program-program kewangan yang lain. Melalui aplikasi kebarangkalian, statistik, teori risiko dan prinsip-prinsip kewangan, seorang aktuari dapat mengira risiko masa hadapan berkaitan dengan program insurans, anuiti dan pencen.
Untuk mencapai kesemua ini, seorang aktuari harus terdahulunya mengumpul dan menganalisa data untuk membentuk model matematik. Model-model kebarangkalian penyakit, kematian, kemalangan dan sebagainya serta jadual-jadual kebarangkalian pengangguran dan sebagainya dibina. Selepas kesemua kebarangkalian dan kos syarikat dikira, seorang aktuari mampu menetapkan harga premium yang akan memenuhi keperluan pembayaran manfaat insurans yang dijangkakan.
Seorang aktuari pernah dikenali sebagai arkitek kewangan dan ahli matematik kemasyarakatan disebabkan oleh kombinasi unik kemahiran analisis dan perniagaan mereka dalam menyelesaikan masalah kewangan dan sosial yang kian meningkat. Pengiraan dan perancangan seorang aktuari adalah tulang belakang industri insurans dan sekuriti kewangan. Kerja-kerja aktuari banyak melibatkan matematik, seorang aktuari juga mesti senantiasa mengikuti perkembangan isu-isu semasa dan tren perniagaan, sains kemasyarakatan , undang-undang dan ekonomi.


TEMPAT AKTUARI BEKERJA
Sejarah awal menunjukkan bahawa tugas-tugas aktuari berkait dengan kehidupan dan perniagaan terutamanya kemortalan dan faedah kompaun. Peranan aktuari juga berkait rapat dengan risiko kewangan. Daripada aktiviti-aktiviti ini, tugas aktuari telah tersebar merangkumi insurans dan pelaburan.
Di Amerika Utara dan Australia, di antara penglibatan aktuari adalah dalam lapangan;
  • Perancangan strategik
  • Risiko persekitaran
  • Demografi
  • Peramalan cuaca
  • Insurans kesihatan
  • Pengurusan harta benda & dana
  • Firma undang-undang

Di negara-negara lain, peranan aktuari tertumpu di sektor insurans dan pelaburan serta pengurusan sistem sekuriti kewangan.
Terdapat juga aktuari yang bekerja sebagai Perunding. Mereka membekalkan khidmat nasihat kepada syarikat dan badan-badan lain yang tidak menggaji pekerja-pekerja aktuari. Biasanya nasihat perunding merangkumi isu-isu yang luas, tumpuan perunding individu selalunya terhadap perkembangan kepakaran aktuari di dalam penggunaan persekitaran perniagaan.
Seorang aktuari juga boleh bekerja dalam sektor kerajaan. Mereka biasanya ditugaskan untuk menguruskan pelan pencen atau insurans kerajaan. Ramai aktuari juga bekerja dalam profesion pendidikan sebagai pensyarah-pensyarah di Universiti.


Seorang yang ingin menjadi seorang aktuari haruslah:
  • Pelajar cemerlang yang sangat baik dalam matematik.
  • Seorang suka menyelidik dan senantiasa ingin tahu yang gemar mempelajari sesuatu dan suka menyelesaikan masalah rumit.
  • Seorang yang gemar permainan strategi seperti catur dan permainan komputer yang mencabar.
  • Seorang yang gemar menulis dan berkomunikasi dengan orang lain.
  • Minat dalam isu-isu sejarah, sosial, perundangan dan politik.
  • Seorang yang mempunyai motivasi diri dan mempunyai sifat kepimpinan.
Sekiranya anda mempunyai kualiti-kualiti seperti yang dinyatakan, anda mungkin mampu menjadi seorang aktuari.


AKTUARI DI UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA
Di Malaysia, sains aktuari yang ditawarkan oleh Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) adalah pada peringkat sarjana muda. Manakala, Institut Teknologi Mara (ITM) menawarkan kursus ini di peringkat diploma dan sarjana muda. Program Sains Aktuari merupakan satu daripada program yang terdapat di bawah Pusat Pengajian Sains Matematik, Fakulti Sains Dan Teknologi, UKM.
Sains Aktuari adalah satu bidang profesional. Oleh itu, terdapat badan-badan profesional yang menawarkan peperiksaan profesional. Seseorang itu perlu menduduki dan lulus peperiksaan ini sebelum ditauliahkan sebagai seorang aktuari.


OBJEKTIF SAINS AKTUARI
Program ini diwujudkan untuk mengeluarkan pegawai aktuari yang mahir dalam pelbagai jabatan dalam syarikat insurans seperti jabatan aktuari, pengunderaitan, perkhidmatan polisi, perancangan korporat, pelaburan dan sebagainya. Selain daripada itu, program ini juga bertujuan untuk menyediakan asas yang mencukupi untuk menduduki peperiksaan ikhtisas sains aktuari di peringkat "Associateship". Tumpuan juga diberi supaya para siswazah dapat memberikan sumbangan yang berkesan dalam sektor kewangan yang lain dan bukan terhad kepada sektor insurans.


SYARAT KEMASUKAN 
Calon-calon yang ingin mengkhusus dalam program Matematik, Statistik atau Sains Aktuari mestilah
  1. lulus sekurang-kurangnya gred C dalam kursus Matematik dan dua kursus yang lain di peringkat Matrikulasi KPM, atau
  2. lulus dalam mata pelajaran Matematik dan satu daripada mata pelajaran Sains dengan mendapat sekurang-kurangnya gred E di peringkat STPM, atau
  3. lulus sekurang-kurangnya gred C dalam kursus Matematik dan dua kursus yang lain di peringkat Diploma.


got it?? i hope ianya dapat membantu kaorg^^ 

taylor's university

Assalamualaikum guys,



   okay, kelmarin aku tatau nak buat ape, then i went to check for my yahoo mail (niat asal nak clear inbox), tiba2 ade mail kat spam, bila bukak ja, ini yang aku dapat :



Dear MUHAMMAD HAZIQ BIN MUHAMAD HATTA,
Congratulations on being a recipient of the National Scholarship 2012!
On behalf of the Bursary Committee, we are pleased to inform you that your application for the National Scholarship 2012 is successful.
The National Scholarship covers:
   •  RM3,500 tuition fee waiver for 1 year, Taylor's Business Foundation; and
  •  RM2,000 per year tuition fee waiver for 3 years, B. Business (Hons) (Accounting & Finance) (3 years)





   okay, bila aku pk2 balik, mende nie tak macm biasiswa poun, this thng lebih kepada perlepasan yuran, so aku ase, aku takan accept this 'scolarship' even they offered the field tht i want =.= nvm, insyaAllah banyak agi scolarship yang boleh aku dapat if i get a superb SPM result^^ i'm always pray for tht =D aminnnnn
wassalam,










chinese new year^^

Assalamualaikum,


okay, sebelum nie ramai yang pelik bila aku ckp aku  yang aku celebrate chinese new year(cny), oaky, let me tell you somthng bout myself :

  firstly, i'm a cross between cinese and malay, *aku bukan chinese look kan??* my mom kacukan siam  dan cina whereas my dad is a bugis*keturunan 5 bugis bersaudara*, so, am i a malay?? hahahaha


  so every year i will celebrate more than two big festivals =D ramai kawan aku selalu tanya, "weyh, camne doh kao kat kg cina kao?? klu nenek kao masak makanan haram cmne??" let me tell you, keluaga cina aku bkan yaang seperti kaorg sangka, they gave their respect to our religion kott, sebgai bukti nyee, nenek aku penah soh aku mandi n solat time mgrib time aku leka main ps kat umah nenek aku, paksu aku plak penah tutupkan pintu time aku solat sbb tamau bagi anak dia kacau aku solat n diorng makan makanan yang islam halalkan aje kecuali 'arak'. they knew much about islam, cuma tak dapat hidayah ja lagi, mybe someday, who knows rite?? 



  
  berbalik pada tajuk, cny tahun nie paling meriah bagi aku, this year, first time aku stay kat kg cina aku for a week^^ mmg syok ahh,malam raya ade makan besar, bbq,jalan2 nan cous2 aku,  angpow, bila malam2 plak, melekat kat hall nan paksu aku main ps2 n comp game sampai pagi, aku terasa kemeriahannye same time hari raya aidil fitri =D hope next year will be the same n_n amiinnnn




Saturday, January 28, 2012

wanita sekarang~

okayy, disini aku nak cita somthing,
tadi pagi aku pegi aL-iKhsan,

then masuk2 aku nampak sorng kakak sales girl nih,lawa kott, brtudung, cantik^^
tapi syang sekali baju ketat n short sleeve*nak jadi sleeveless dah*
bukan nak ckp aku alim ke ape, tapi mcm merosakkan imej wanita islam yang bertudung, 



====>
Dari Abu Hurairah radhiyallahu ‘anhu, beliau berkata bahwa Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda


صِنْفَانِ مِنْ أَهْلِ النَّارِ لَمْ أَرَهُمَا قَوْمٌ مَعَهُمْ سِيَاطٌ كَأَذْنَابِ الْبَقَرِ يَضْرِبُونَ بِهَا النَّاسَ وَنِسَاءٌ كَاسِيَاتٌ عَارِيَاتٌ مُمِيلاَتٌ مَائِلاَتٌ رُءُوسُهُنَّ كَأَسْنِمَةِ الْبُخْتِ الْمَائِلَةِ لاَ يَدْخُلْنَ الْجَنَّةَ وَلاَ يَجِدْنَ رِيحَهَا وَإِنَّ رِيحَهَا لَيُوجَدُ مِنْ مَسِيرَةِ كَذَا وَكَذَا
Ada dua golongan dari penduduk neraka yang belum pernah aku lihat: [1] Suatu kaum yang memiliki cambuk seperti ekor sapi untuk memukul manusia dan [2] para wanita yang berpakaian tapi telanjang, berlenggak-lenggok, kepala mereka seperti punuk unta yang miring. Wanita seperti itu tidak akan masuk surga dan tidak akan mencium baunya, walaupun baunya tercium selama perjalanan sekian dan sekian.” (HR. Muslim no. 2128)
Hadits ini merupakan tanda mukjizat kenabian. Kedua golongan ini sudah ada di zaman kita saat ini. Hadits ini sangat mencela dua golongan semacam ini. Kerusakan seperti ini tidak muncul di zaman Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam karena sucinya zaman beliau, namun kerusakan ini baru terjadi setelah masa beliau hidup (Lihat Syarh Muslim, 9/240 dan Faidul Qodir, 4/275).Wahai Rabbku. Dan zaman ini lebih nyata lagi terjadi dan kerusakannya lebih parah.

Saudariku, pahamilah makna ‘kasiyatun ‘ariyatun

An Nawawi dalam Syarh Muslim ketika menjelaskan hadits di atas mengatakan bahwa ada beberapa makna kasiyatun ‘ariyatun.
Makna pertama: wanita yang mendapat nikmat Allah, namun enggan bersyukur kepada-Nya.
Makna kedua:wanita yang mengenakan pakaian, namun kosong dari amalan kebaikan dan tidak mau mengutamakan akhiratnya serta enggan melakukan ketaatan kepada Allah.
Makna ketiga: wanita yang menyingkap sebagian anggota tubuhnya, sengaja menampakkan keindahan tubuhnya. Inilah yang dimaksud wanita yang berpakaian tetapi telanjang.
Makna keempat: wanita yang memakai pakaian tipis sehingga nampak bagian dalam tubuhnya. Wanita tersebut berpakaian, namun sebenarnya telanjang.


so, kepada rakan2 yang aku sayangi, klu kaorg nak paki tudung kuar umah tuh, paki long sleeves skali lahh, klu pakai baju yang dah nak mcm sleeveless baik taya pakai tudung, wat pelik ja org pandang =.= fikirlahh sendiri, tepuk dada tanya selera^^

music